FacebookInstagramTwitterContact

 

Gambling Activity Foiled           >>           Temporary Slip Road Closure           >>           Water Disruption           >>           National Speech Contest           >>           Religious Programme           >>           Workshop Closing Ceremony           >>           MoU Signing for Internationalisation of Higher Education           >>           Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates           >>           UK Borrowing Casts Doubt On Pre-Election Tax Cut Prospects           >>           UNRWA: Restart Aid To Palestinian UN Agency, EU Urges           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ibu Bapa Berperanan Galakan Anak-Anak Menabung


TETAMU Kehormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, selaku Ahli Lembaga Pengarah AMBD menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Hari Menabung Kebangsaan 2016. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)

 


 May 29th, 2016  |  11:12 AM  |   1539 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 28 Mei. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, selaku Ahli Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) menekankan pentingnya peranan dan galakan ibu bapa serta penjaga, dalam sama-sama memupuk budaya pengurusan kewangan yang berhemat dan amalan suka menabung di kalangan anak-anak dan ahli keluarga masing-masing.

 

Dengan meningkatkan sikap berhemat dan celik kewangan dalam kalangan masyarakat yang bermula dari peringkat keluarga ia akan dapat membantu dalam mengukuhkan lagi jaminan sosial masyarakat dan penduduk negara ini.

 

Justeru itu, Hari Menabung Kebangsaan dihasrat untuk membangun generasi yang berkemahiran dan boleh berdikari dari segi kewangan yang mana bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai dan masyarakat mengenai kepentingan menyimpan kewangan bagi keperluan pada masa akan dating, di samping mengetengahkan produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan di Negara Brunei Darussalam.

 

Menurut Yang Berhormat, semasa Majlis Perasmian Hari Menabung Kebangsaan 2016 di Dewan Teater, Kementerian Kewangan, di sini, pihak AMBD, selaku autoriti yang berperanan dan bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan kewangan di negara ini, melalui dasar-dasar monetari yang berkesan telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam memperkenalkan beberapa inisiatif.

 

Antara langkah yang telah diperkenalkan ialah peraturan mengenai Nisbah Keseluruhan Khidmat Hutang atau Total Debt Service Ratio (TDSR) yang mula berkuat kuasa pada 8 Jun 2015.

 

Peraturan TDSR jelasnya, bertujuan untuk melindungi para individu daripada terperangkap ke dalam bebanan hutang (debt cycle) yang berlebihan yang boleh memberi impak yang berat kepada kebajikan dan kesejahteraan penghutang dan juga keluarga mereka.

 

Oleh itu, langkah memperkenalkan peraturan itu tambahnya, membolehkan mereka mempunyai baki gaji atau pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan bulanan, juga diharap akan dapat membantu mereka keluar daripada perangkap hutang yang membebani mereka secara berterusan.

 

Kira-kira 3,000 (atau enam peratus) daripada 52,401 peminjam didapati mempunyai tahap TDSR yang melebihi 80 peratus berdasarkan kajian awal pihak AMBD, iaitu dari bulan Jun 2015 hingga Mac 2016.

 

"Kita penuh yakin dengan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh agensi-agensi berkenaan, seperti AMBD, TAP dan institusi-institusi kewangan di negara ini, ia akan dapat meningkatkan lagi tahap celik kewangan dan mengukuhkan tahap pengurusan kewangan pihak individu di negara ini," ujarnya.

 

Dalam kepesatan teknologi maklumat yang lebih canggih pada masa ini serta kewujudan sektor kewangan yang semakin dinamik dan inovatif, kita selaku pembeli atau pelanggan mungkin sahaja mudah terdedah kepada cabaran baru dalam perancangan perbelanjaan.

 

Ini kerana, melalui iklan atau program pemasaran yang menarik, orang ramai mudah saja terpengaruh untuk membuat perbelanjaan berdasarkan keinginan semata-mata (impulse buying) tanpa mengambil kira sepenuhnya keperluan, malah keupayaan kewangan mereka.

 

Yang Berhormat menyatakan, terdapat juga cabaran dalam bentuk skim-skim atau produk-produk kewangan atau pelaburan yang diragui kesahihannya.

 

Walaupun perkara itu sudah sering ditimbulkan dan juga diperingatkan melalui berbagai-bagai media massa, terdapat juga banyak mangsa-mangsa daripada skim-skim tersebut yang mengalami kerugian kewangan yang besar, masih terdapat pihak-pihak yang tertarik untuk menyertai skim kewangan sedemikian.

 

Malahan terdapat juga terangnya, mereka yang sanggup menyalahgunakan perkataan 'patuh syariah' atau Syriah Compliance dalam sebahagian produk tersebut untuk memerangkap orang ramai.

 

Dalam hal itu, kita ingin menasihatkan mengenai perlunya orang ramai sentiasa peka dan berwaspada terhadap risiko-risiko yang dibawa oleh tawaran-tawaran produk kewangan dan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi dan kurang munasabah dalam jangka waktu yang singkat.

 

Dari itu, Yang Berhormat mengingatkan agar perlu setiap tawaran bagi menyertai sebarang bentuk skim kewangan atau pelaburan hendaklah dipastikan bahawa produk-produk kewangan dan pelaburan tersebut telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada pihak AMBD.

 

Lebih kurang 230 orang di negara ini mempunyai pengiktirafan dalam pengurusan kewangan, termasuk wakil dari bank, agen insurans / takaful, perkhidmatan pasaran modal dan juga TAP.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates

 2024-04-24 08:19:11