FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia Cemerlang Impian Bangsa dan Negara


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa berucap pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi. | FOTO: PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 May 28th, 2016  |  11:54 AM  |   1716 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 26 Mei. - Belia yang cemerlang adalah impian bangsa dan negara yang akan menjamin keutuhan sesebuah masyarakat, bangsa dan negara dalam erti kata memiliki nilai-nilai teras yang mulia dan kualiti diri yang baik serta berpengetahuan dan berkemahiran.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan bahawa belia merupakan aset negara yang sangat penting dan berharga yang berperanan besar dalam mencorak dan membentuk masyarakat, bangsa dan negara pada masa akan datang.

 

Berucap pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan (MTQBK) Peringkat Akhir bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) Yang Berhormat seterusnya berkata, golongan belia seharusnya juga memiliki fizikal dan minda yang kuat, cerdas dan rasa ingin tahu yang tinggi. Dengannya mereka akan lebih berkeyakinan menghadapi pelbagai cabaran dan pengaruh yang mereka lalui atau tempuhi. Tanpanya, sudah tentu mereka dan negara akan menghadapi masa depan yang suram dan kurang meyakinkan.

 

"Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu golongan belia ini agar akan sentiasa berada di atas landasan yang betul sesuai dengan konsep, hasrat dan aspirasi negara," tegas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, ia perlu digalas sebagai tanggungjawab kolektif di mana semua pihak dan dan lapisan masyakarat mempunyai peranan masing-masing di dalam sama-sama mendukung hasrat murni untuk melahirkan generasi belia yang boleh diharapkan sebagai pelapis dan penerus kepimpinan dan kejayaan negara pada masa akan datang.

 

Dari itu, musabaqah itu menurut Yang Berhormat, hendaklah dilihat dan disukat dari berbagai-bagai sudut positif iaitu bukan sahaja dapat berfungsi sebagai wadah pertandingan bahkan juga sebagai pendekatan yang berkesan ke arah mendekatkan golongan belia kepada kitab suci Al-Quran selari dengan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam ini sebuah Negara Zikir.

 

Jelas Yang Berhormat, ia juga dapat menggalakkan belia untuk bergiat aktif dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu dan seterusnya mampu melahirkan pembaca atau qari dan qariah belia yang berkaliber menyertai pada Musabaqah Tilawatil Quran di dalam dan luar negeri.

 

"Adalah diharapkan kejayaan cemerlang para qari dan qariah yang sekali gus mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam di mata dunia akan menjadi pendorong atau penyuntik semangat kepada belia-belia lain yang bergiat di dalam pembacaan kitab suci Al-Quran," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, golongan belia sebagai sebahagian daripada masyarakat yang berkepentingan katanya, hendaklah sentiasa menyedari bahawa kemajuan atau kemunduran sesebuah bangsa dan negara sama ada dari segi fizikal ataupun kerohanian banyak bergantung kepada sejauh mana tahap kualiti penduduk belianya.

 

"Golongan belia kitani atau belia Brunei sewajarnya rasa amat bersyukur dengan persekitaran mereka hari ini dan mengambil peluang-peluang ini dengan langkah proaktif di dalam mempertingkatkan keupayaan dan keterampilan diri masing-masing," tegas Yang Berhormat.

 

Sesebuah bangsa dan negara itu akan lebih membanggakan jika golongan belianya mahu mengambil peranan sama ada dari segi sumbangan tenaga mahupun buah fikiran dalam proses pembangunan bangsa dan negara.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17