Home > Bahasa Melayu
Majlis Khatam sempena Ulang Tahun ABDB Ke-55
MAJLIS dihadiri oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)
May 28th, 2016 | 11:47 AM | 4068 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 27 Mei. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB ke 55 tahun berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, di sini.
Hadir di majlis tersebut ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
MAJLIS Khatam Al-Quran sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-55 Tahun diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Turut hadir Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.
Acara dimulakan dengan bacaan khatam Al-Quran, bacaan Takhtim dan Doa Khatam diteruskan dengan laungan dikir marhaban oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Imam Syu'aib bin Haji Abdullah.
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah menyampaikan 'Bunga Telur' kepada anggota-anggota yang menyertai Majlis Khatam tersebut.
Majlis juga diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.
Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di seluruh Surau Garison, Perkhemahan dan Pangkalan ABDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Aimi Sani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]