FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Muhammad Sa'dun dan Dayangku Siti Ummi Syazana Johan MTQBK


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan hadiah kepada johan qari, Awang Muhammad Sa’dun bin Suhaili. | FOTO: PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 May 28th, 2016  |  11:16 AM  |   1735 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 26 Mei. - Awang Muhammad Sa'dun bin Suhaili dan Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki masing-masing muncul johan qari dan qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan (MTQBK) Peringkat Akhir bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Naib johan qari dan qariah disandang oleh Awang Ashizal bin Zainal Abidin dan Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri, sementara Awang Abdul Mu'in bin Haji Abd. Hamid dan Dayangku Nur Aqilah binti Pengiran Haji Ayub menyandang tempat ketiga.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang musabaqah.

 

Johan qari dan qariah menerima hadiah wang tunai sebanyak BND2,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan, manakala naib johan dan tempat ketiga qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai sejumlah BND1,500, BND1,000 berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

 

260516 DKFILA1 KKBS

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

 

Terdahulu, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Zafri bin Haji Mohamed dalam ucapannya selaku Pengerusi Majlis berhasrat untuk melihat keupayaan dan prestasi para qari dan qariah belia di negara ini khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau taranum.

 

Menurutnya, penyertaan pada peringkat separuh akhir telah meningkat kepada 34 peserta berbanding sebelumnya 30 peserta yang mana tujuannya untuk memberikan peluang kepada para qari dan qariah yang berpotensi untuk bertanding di dalam acara yang lebih formal, di samping mengasuh bakat yang mereka miliki dalam aktiviti yang sangat bermanfaat itu.

 

Oleh itu, beliau berharap musabaqah tersebut akan terus dilaksanakan pada setiap tahun bukan sahaja bagi meningkatkan mutu bacaan para qari dan qariah belia yang telah lama berjinak-jinak dengan Al-Quran.

 

Katanya, ia juga akan dapat mendekatkan lagi golongan belia umum dengan Al-Quran sebagai landasan hidup selaras dengan konsep negara iaitu Melayu Islam Beraja dan menjadikan negara sebagai sebuah Negara Zikir.

 

260516 DKFILA4 KKBS

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan hadiah kepada johan qariah, Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki.

 

Majlis diserikan dengan persembahan tausyeh belia oleh Kumpulan Kelab Khidmat dan Qasidah Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

 

MTQBK adalah salah satu projek tahunan yang diungkayahkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS). Ia mula dilaksanakan sejak tahun 1980 dan telah berjaya melahirkan ramai qari dan qariah yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

 

Ia juga berperanan sebagai wadah kepada para qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau taranum.

 

Kemudian bagi persediaan pemilihan wakil negara ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran KKBS selain untuk memupuk dan menyemai rasa persahabatan dalam kalangan belia melalui program keugamaan.

 

Musabaqah tersebut disasarkan kepada belia yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun yang bertujuan bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1996.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07