FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


667 Dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mengurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada para penerima. | FOTO: INFOFOTO (Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 May 26th, 2016  |  10:24 AM  |   2605 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 25 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 667 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-69 Tahun.

 

Berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

250516 MASRI004 PINGAT

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Istiadat Pengurniaan Pingat tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, di sini.

 

Mendahului pengurniaan pingat-pingat ialah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) yang dikurniakan dan diterima oleh 43 penerima iaitu 20 lelaki dan 23 wanita.

 

250516 ASRI12 PINGAT

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mengurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada para penerima.

 

Para penerima terdiri daripada seorang penerima dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, seorang dari Kementerian Pendidikan, tiga penerima dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, 23 dari Kementerian Pembangunan, seorang penerima dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, dua penerima dari Kementerian Perhubungan, enam penerima dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, lima dari Kementerian Kesihatan dan seorang penerima swasta.

 

250516 ASRI17 PINGAT

DOA Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengurniakan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B), dikurniakan dan diterima oleh sejumlah 624 pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta iaitu 255 lelaki dan 369 wanita.

 

Para penerima pula terdiri daripada 301 penerima dari Kementerian Pendidikan, 172 dari Kementerian Pembangunan, 141 dari Kementerian Kesihatan dan 10 lagi penerima dari swasta.

 

250516 ASRI3 PINGAT

JUGA hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Pengiran-Pengiran Peranakan dan Pehin-Pehin Manteri (atas) dan (bawah).

250516 ASRI4 PINGAT

 

Bagi memberkati Istiadat Pengurniaan Pingat tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Juga hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu mukim serta ketua-ketua kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21