Home > Bahasa Melayu
Utus tahniah kepada Jordan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al-Hussein, Raja Jordan dan kerabat diraja serta kerajaan dan rakyat Jordan sempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan negara berkenaan.
May 25th, 2016 | 10:31 AM | 1408 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 25 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al-Hussein, Raja Jordan dan kerabat diraja serta kerajaan dan juga rakyat Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut.
Dalam perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat menghargai persaudaraan yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan berharap akan berpeluang untuk memperkukuhkan lagi hubungan tersebut di masa-masa akan datang.
Pada mengakhiri titah perutusan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II dan kerabat diraja sentiasa berada di dalam kesihatan dan kegembiraan dan juga rakyat Jordan sentiasa menikmati kesejahteraan serta beroleh kemakmuran yang berpanjangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]