FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perlu proaktif, ubah minda lebih kreatif


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mengurniakan sabda. | Foto: Masri Osman

 


 May 25th, 2016  |  10:31 AM  |   1837 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 24 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda menegaskan agar Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersikap proaktif dan mengubah minda masing-masing untuk tidak mengamalkan sikap 'business as usual' bagi memastikan pengendalian acara-acara kerayaan pada tahun ini adalah lebih kreatif.

 

Ini termasuklah juga ahli-ahli jawatankuasa di peringkat daerah dikehendaki menggembleng sumber-sumber dengan optimal selagi mana kesempurnaan dan suasana keunikannya dapat dihidupkan bersama.

 

"Lebih utama dan penting lagi ialah kesan langsungnya kepada memperkukuhkan keakraban yang sedia terjalin di antara seorang raja dengan rakyatnya," sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 pada Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Kebangsaan sambutan berkenaan yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia bersabda meyakinkan bahawa pada setiap tahun, tarikh 15 Julai sentiasa dinantikan oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Sabda DYTM, ianya merupakan peluang keemasan bagi kita semua bersama-sama menzahirkan kesyukuran, penghargaan dan merafakkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah DYMM, raja yang amat prihatin terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

 

DYTM percaya berkat komitmen, ketekunan serta permuafakatan dan kerjasama padu semua pihak dalam melaksanakan perancangan yang telah disusun rapi tersebut, InsyaaAllah sambutan perayaan akan berjalan dengan penuh teratur.

 

"Sehubungan dengan itu, saya selaku Penaung kepada Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan menjunjung kasih setingginya di atas keberangkatan paduka ayahanda bercemar duli ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan yang diadakan pada hari Isnin 25 April 2016 yang lalu," sabda DYTM.

 

Selaian itu,ia adalah sebagai manifestasi kepada sikap pemedulian dan keprihatinan Kebawah DYMM, Sabda DYTM.

 

DYTM juga menyentuh titah Kebawah DYMM pada mesyuarat khas tersebut di mana 'Semua bentuk sambutan mestilah ia diperinci, dikenal pasti sukat-sukat dan kriteria. Dalam makna ia tidaklah boleh selarah-larah atau semata-mata hanya mengikutkan kemahuan hati sahaja.

 

Tegasnya DYTM, bersuka ria ada batas atau perenggannya, tidak mesti dengan cara berabis. Kalau kita berjaya menghidupkan suasana kerayaan walau dalam bentuknya yang sederhana, maka itu sudah cukup bagus dan memadai.

 

DYTM juga mengulangi titah Kebawah DYMM mengenai perbelanjaan, 'Kita tidaklah perlu berbelanja besar untuk memuaskan hati, lebih-lebih lagi dengan berbelanja besar itu boleh ditakuti akan membawa pembaziran, sedang pembaziran itu dilarang keras oleh ugama. Di sinilah pertimbangannya itu mustahak ada, dan inilah antara tanggungjawab penting jawatankuasa'.

 

"Maka adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Kebangsaan ini untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap intipati titah paduka ayahanda tersebut melalui inisiatif, tindakan dan usaha penambahbaikan yang bersesuaian," sabda DYTM.

 

DYTM bersabda, Kebawah DYMM telahpun juga memperkenankan bagi tarikh istiadat, upacara dan acara utama bagi sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM yang ke-70.

 

Apa yang penting sekarang sabda DYTM, jawatankuasa terlibat perlu meneruskan kerjasama dan komitmen dalam sama-sama membuat persediaan bagi memastikan semua acara sambutan perayaan pada tahun ini berjalan dengan sempurna, lancar dan teratur.

 

DYTM percaya dengan kesepakatan dan kesatupaduan semua pihak, acara-acara sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM ini akan menjadi wadah pada memantapkan lagi keharmonian bernegara melalui jalinan akrab di antara raja dan rakyat jelata; menerapkan semangat patriotik; kasih serta setia kepada raja; cintakan tanah air; serta bersatu padu dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran negara.

 

Dalam kesempatan itu, DYTM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan buah fikiran, tenaga, usaha dan masa kepada Jawatankuasa Kebangsaan, Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Peringkat Daerah, Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja dan semua pihak yang terlibat dalam pengendalian acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM pada tahun lepas di atas kejayaan dan kesempurnaan setiap acara yang diadakan.

 

DYTM bersabda mendoakan agar ianya menjadi amal bakti kita yang ikhlas dan menerima ganjaran dari Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39