FacebookInstagramTwitterContact

 

'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>           WBA, Saints Play Out Goalless Draw In Championship Playoff           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hayati Rukun Islam


Peserta Program Menjana Insan Bertaqwa bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis, Penolong Pengarah PDI, Awang Haji Abd. Aziz bin Haji Abd. Kahar. | Foto: Noraisah Muhammed

 


 March 28th, 2016  |  09:25 AM  |   4513 views

SERIA

 

Ahad, 27 Mac. - Program Menjana Insan Bertaqwa dihasratkan dapat melengkapkan saudara-saudara baharu agar benar-benar menghayati Rukun Islam yang lima serta mengetahui cara pelaksanaannya dengan sempurna dan tertib.

 

 

Program disertai oleh seramai 26 peserta dari Daerah Belait, Tutong dan Brunei dan Muara dengan melakukan beberapa aktiviti antaranya menghadiri kuliah-kuliah agama serta mendalami makna fadilat solat berjemaah, puasa asas serta permasalahannya, qiamulail, Solat Sunat Tahajud berjemaah di samping membuat lawatan ke Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan Pusat Promosi Kesihatan.

 

Selama tiga hari program diadakan para peserta juga mengikuti beberapa bengkel seperti praktikal mengerjakan sembahyang fardu dengan sempurna, menghalusi bacaan-bacaan di dalam sembahyang dan praktikal cara-cara berwuduk.

 

Program berakhir hari ini dengan berlangsungnya majlis penutupan program, dihadiri oleh Penolong Pengarah PDI, Awang Haji Abd. Aziz bin Haji Abd. Kahar di Hotel Koperasi Seria di sini.

 

Majlis juga diselajurkan dengan pertandingan membaca Surah Al-Fatihah bagi menghalusi bacaan setiap peserta.

 

Selain untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada saudara-saudara baharu terhadap Islam dalam aspek persekitaran dan pergaulan, program juga menerapkan nilai-nilai dan unsur-unsur Islam terutama tentang kewajipan sembahyang fardu.

 

Dengan adanya program seumpama ini diharap dapat membantu saudara-saudara baharu bagi meningkatkan kefahaman mereka dalam melakukan ibadah yang seterusnya dapat menjadikan mereka sebagai hamba Allah yang cemerlang dari segi rohani, jasmani dan emosi.

 

Selain itu, program juga diharapkan dapat melahirkan insan proaktif yang mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat dan memberikan pendedahan awal kepada saudara-saudara baharu terbabit mengenai ibadah-ibadah sunat seperti qiamulail dan Solat Sunat Tahajud.

 

Program merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit Tutong dengan kerjasama Bahagian Dakwah Daerah Tutong dan Belait yang dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit Tutong Bahagian Sukarelawan Al-Hijrah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Noraisah Muhammed

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59