FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IBTE Lakar Sejarah Dianugerahkan ISO 9001 : 2008


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya lndera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tengah) semasa menyaksikan penyerahan Sijil ISO 9001 : 2008.

 


 May 17th, 2016  |  10:03 AM  |   1893 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 16 Mei. - Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) hari ini melakar sejarah apabila dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2008 yang berlangsung di The Longhouse Training Restaurant, Kampus IBTE Sultan Saiful Rijal, Jalan Muara.

 

Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan disempurnakan oleh Naib Presiden Certification Business Line for Asia Pacific from Bureau Veritas Singapore, Mr. Arnaud Torcheux kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Chin Wei Keh.

 

Hadir menyaksikan penyampaian sijil pengiktirafan berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya lndera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, naib canselor, rektor, pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 

Dr. Chin Wei Keh dalam ucapannya menjelaskan, pencapaian Sijil ISO 9001 : 2008 merupakan satu pencapaian perintis dalam komitmen IBTE untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan mendapat pekerjaan dengan memenuhi harapan pihak berkepentingan serta kekal responsif dan relevan.

 

"IBTE sedar bahawa untuk sistem yang dinamik dan berdaya saing seperti pendidikan teknikal, ia penting bahawa penambahbaikan dilakukan dalam proses dan operasinya dengan memastikan 'output' yang dihasilkan, seperti graduan yang berkualiti."

 

Dalam masa yang mencabar pada masa kini, dengan sistem ekonomi yang semakin global yang memerlukan pekerja mahir dan cekap katanya, akreditasi piawaian antarabangsa adalah hala tuju untuk maju, terutamanya jika organisasi mengenal pasti amalan terbaik.

 

Menyedari hakikat ini dan keperluan untuk memupuk dan mencapai kecemerlangan tambahnya lagi, IBTE menetapkan untuk menghasilkan sistem berkualiti sebagai sebahagian daripada budaya kerja.

 

"Kejayaan dalam pencapaian pensijilan ini menggariskan kesungguhan dan komitmen IBTE beterusan dalam pengurusan dan kakitangan yang menyediakan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan kepada pihak-pihak berkepentingan serta mendapat reputasi sebagai pusat kecemerlangan latihan kemahiran," ujarnya.

 

Beliau menambah, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan untuk memastikan bahawa proses IBTE terus mematuhi standard yang diperlukan, dan untuk memastikan bahawa penambahbaikan berterusan dicapai selaras dengan pelan transformasi strategik IBTE.

 

Pada masa akan datang, dengan pensijilan ini jelasnya lagi, IBTE berharap untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada badan-badan akreditasi lain dalam mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah institusi negara terkemuka dalam pendidikan teknikal lepasan menengah dan latihan menjelang 2018.

 

Majlis juga diisikan dengan tayangan video ringkas mengenai penyediaan IBTE ISO.

 

IBTE adalah institusi lepasan menengah (post-secondary) pertama di Brunei Darussalam dalam mencapai standard antarabangsa Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2008 yang menunjukkan komitmen untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan mendapat pekerjaan yang memenuhi harapan pihak berkepentingan dengan membuat penambahbaikan kepada proses dan operasi dalam memastikan kualiti graduan yang dihasilkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30