FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pusat Kesihatan Berakas Mulakan Perkhidmatan


SIDANG media mengenai Pusat Kesihatan Berakas yang mula beroperasi tersebut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin (kanan) dan Dr. Awang Haji Zulhilmi bin Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah (tengah). | FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 May 17th, 2016  |  09:30 AM  |   4717 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 16 Mei. - Pusat Kesihatan Berakas (PKB) memulakan operasinya hari ini bagi bagi tadahan Mukim Berakas 'A', Mukim Berakas 'B' dan penduduk persekitarannya serta ia adalah terbuka kepada seluruh penduduk Daerah Brunei dan Muara (DBM).

 

Menurut Dr. Awang Haji Zulhilmi bin Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah, pusat kesihatan berkenaan memulakan perkhidmatannya hari ini dengan menerima pesakit pertama pada pukul 7.00 pagi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibukakan pada 7.00 pagi tadi adalah Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi dan Tempat Pengambilan Darah.

 

Perkara tersebut diijelaskan semasa para media membuat pendekatan kepada beliau di PKB pagi ini.

 

Kedua perkhidmatan ini katanya, akan dibuka mulai dari pukul 7.00 pagi dan bagi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi bermula pukul 7.00 pagi hingga 9.00 malam di Pusat Kesihatan Berakas bagi tadahan Mukim Berakas 'A', Mukim Berakas 'B' dan penduduk persekitarannya serta ia adalah terbuka kepada seluruh penduduk DBM.

 

Jelasnya, di antara perkhidmatan yang disediakan oleh PKB ini adalah Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi, Penjagaan Pergigian, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Pengambilan Darah.

 

Selain daripada itu, kemudahan yang disediakan di pusat kesihatan ini adalah seperti kemudahan letak kereta dan juga perkhidmatan cafe dan surau.

 

Selain itu juga tambahnya, perkhidmatan tambahan seperti Perkhidmatan Radiologi, Rehabilitasi dan Fisioterapi dan sebagainya.

 

Di samping itu katanya, PKB akan mempunyai sistem perjanjian untuk para pesakit, sistem perjanjian ini bukanlah yang baharu ia telah pun dibuat di beberapa pusat kesihatan.

 

Konsep ini katanya, adalah untuk memudahkan orang ramai untuk mengetahui pukul berapa mereka akan berjumpa doktor dan memudahkan pusat kesihatan untuk memastikan kelancaran berjumpa pesakit.

 

Jelasnya, salah satu cara orang ramai untuk membuat perjanjian adalah melalui telefon menerusi talian 2333991 dan ada kakitangan yang dilantik untuk mengambil butir keterangan dan ini tertakluk pada kekosongan.

 

Tambahnya, pada masa akan datang, akan dibuat perjanjian 'online' di mana boleh di'booking' melalui 'apps' atau 'website' untuk menyenangkan orang ramai membuat perjanjian tersebut.

 

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin.

 

Dalam pada itu, Pelita Brunei sempat menemu bual orang awam yang datang ke pusat berkenaan bagi mendengarkan pandangan beliau tentang PKB yang baharu ini.

 

Dayang Siti Nur Aqidah binti Aminorahim, 24, dari Kampung Pancha Delima menjelaskan, PKB yang baru beroperasi ini sangat memudahkan beliau dan keluarganya untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan memandangkan tempatnya tidak berapa jauh dari tempat tinggal mereka.

 

Menyentuh mengenai perkhidmatan yang diberikan di pusat ini katanya, sama seperti pusat kesihatan lain, cuma di sini kemudahannya yang terdapat adalah baharu dan pegawai serta kakitangannya melayan orang awam sungguh mesra sekali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54