FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD percaya keharmonian sosial penting wujud keamanan


Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman sewaktu menyertai Perbincangan Sesi Pertama Persidangan Umum Ke-26 Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, di Aswan, Mesir. | Foto: Kementerian Hal Ehwal Ugama

 


 May 16th, 2016  |  10:11 AM  |   1520 views

ASWAN, REPUBLIK RAKYAT MESIR

 

Sabtu, 14 Mei. - Negara Brunei Darussalam percaya bahawa keharmonian sosial dengan semangat berbaik-baik dalam kalangan rakyat adalah sangat penting untuk mewujud dan mengekalkan keamanan serta keselamatan seperti yang dinikmatinya sampai sekarang. Kerana itu, menerusi bidang pendidikan dan dakwah, kerajaan terus menerus berusaha menanamkan sikap dan semangat saling menghormati dalam kalangan semua pihak bagi menolak fahaman melampau yang boleh mendorongkan tindakan-tindakan berupa pengganasan yang mengancam keamanan dan keselamatan negara.

 

Demikian dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman sewaktu menyertai Perbincangan Sesi Pertama Persidangan Umum Ke-26 Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, di Aswan, Mesir.

 

Menurut Yang Berhormat, sesuai dengan ajaran Islam, adalah mustahak semua pihak menolak fahaman melampau dan menentang tindakan pengganasan dalam apa jua bentuknya. Dalam masa yang sama hendaklah semua pihak, iaitu kerajaan dan orang ramai berusaha mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan dari pertikaian sesama sendiri.

 

Persidangan dua hari anjuran Kementerian Waqaf, Mesir itu membentangkan 12 kertas kajian yang ditulis oleh pakar-pakar akademik dan pemimpin-pemimpin sivik 'society' membalas isu-isu sekitar bertemakan 'Peranan Institusi-Institusi Ugama di Dunia Arab dan Islam dalam Menghadapi Cabaran serta Harapan : Dengan Muhasabah Diri dan Pandangan Secara Objektif' - 'The Role of the Religious Institutions in both Arab and Muslim World in Facing Challenges and Hopes : A Critical Analysis and Objective Examination'.

 

Ia dirasmikan oleh Menteri Waqaf Mesir, Prof. Dr. Mohammad Mokhtar Gumah disertai oleh menteri-menteri dan mufti-mufti dari beberapa buah negara Arab, Asia dan Afrika, kalangan akademik dari pusat-pusat pengajian tinggi juga pemimpin serta aktivis sosial Islam dan bukan Islam.

 

Pada sebelah petang pula, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wakaf Mesir, Prof. Dr. Muhammad Mokhtar Gum'ah bagi membincangkan peningkatan kerjasama dua hala dalam bidang ugama.

 

Hadir sama ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Awang Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17