FacebookInstagramTwitterContact

 

Radiation From Cellphones Increases Risk Of Miscarriage By 50%           >>           Betel Leaves Speed Wound Healing In Diabetics           >>           Garcinia Cambogia Found To Lower Abnormally High Cholesterol Levels           >>           Mystery Blue Orb Spotted Hanging Low Over City           >>           Will The Northern Lights Be Visible Again This Week?           >>           Why Becca Tilley Kept Hayley Kiyoko Romance Private But Not Hidden           >>           Ryan Seacrest Teases Katy Perry’s American Idol Replacement           >>           Pick Up This Anker 10,000mah Magnetic Power Bank For Only $32           >>           Google’s Project Starline video conferencing tech is coming to offices           >>           Apple and Google roll out a cross-platform feature to tackle unwanted Bluetooth trackers           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Latihan Tabletop Persiapan Awal Tangani Bencana


SUASANA Latihan Tabletop tangani bencana alam di Daerah Belait.

 


 April 27th, 2018  |  15:21 PM  |   526 views

KUALA BELAIT

 

Latihan Tabletop Exercise (TTX) merupakan satu latihan untuk mengukuhkan prosedur dan mekanisme pengurusan bencana kebangsaan sejajar dengan Prosedur Tetap Operasi Bencana Kebangsaan (NASOP) bagi menangani isu bencana alam serta meningkatkan kerjasama pelbagai agensi ke arah operasi dan tindakan bersepadu.

 

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) mengadakan Tabletop Exercise (TTX) bagi persiapan menghadapi kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut di Daerah Belait, di sini.

 

Latihan diadakan di bilik District Emergency Opeation Centre (DEOC), Jabatan Daerah Belait.

 

Latihan diungkayahkankan oleh NDMC dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bertujuan untuk menguji cuba pelan tindakan bagi mengurangkan impak kejadian kebakaran dan tanah gambut yang berisiko tinggi semasa musim panas kini.

 

Selain itu, ia juga melibatkan penyertaan daripada Ahli-ahli District Disaster Management Committee (DDMC) Daerah Belait yang terdiri daripada pelbagai agensi berkepentingan seperti JBP; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Emergency Medical Ambulance Services (EMAS); Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria; Jabatan Kerja Raya; Jabatan Pembangunan Masyarakat; Jabatan Penerangan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lainnya.

 

Latihan itu juga memberi peluang kepada peserta untuk mengongsikan pengalaman operasi, mengenal pasti cabaran yang pernah dihadapi dan cadangan penyelesaiannya sebagai langkah persiapan awal sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.

 

Turut hadir semasa Latihan berkenaan Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Md. Zamree bin Haji Junaidi dan Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan selaku Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said serta ahli-ahli DDMC Belait.

 

 Beberapa tahun kebelakangan Daerah Belait sering kali mengalami kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut berpanjangan, terutamanya semasa negara mengalami musim panas dan kering pada setiap bulan Februari hingga bulan Mei.

 

Latihan TTX yang diadakan itu diharap akan dapat mempersiapkan agensi-agensi berkepentingan menghindari impak dan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku kepada orang awam.

 

Pada bulan Disember 2017 lalu, NDMC juga sudah mengadakan Latihan TTX bagi Daerah Tutong untuk mempersiapkan agensi-agensi berkepentingan bagi menghadapi kejadian banjir yang berlaku pada musim tengkujuh.

 

Latihan TTX merupakan salah satu daripada usaha NDMC untuk meningkatkan kapasiti operasi dan pengurusan bencana seluruh negara. Latihan TTX juga diadakan setiap tahun bagi setiap daerah untuk mempersiapkan agensi-agensi berkepentingan untuk mengurangkan impak kejadian-kejadian bencana alam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20