Home > Bahasa Melayu
Politeknik Brunei - Uitm Meterai Mou
POLITEKNIK Brunei dan UiTM menandatangani MoU.
April 27th, 2018 | 15:16 PM | 403 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Politeknik Brunei dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Mock Hotel, Politeknik Brunei, di sini.
MoU tersebut ditandangani oleh Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai mewakili politeknik, manakala UiTM diwakili Naib Canselor UiTM, Yang Mulia Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said.
Menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.
Turut hadir sebagai wakil pihak UiTM ialah pensyarah-pensyarah dari Jabatan Senibina UiTM; Dr. Sallehan bin Ismail dan Neta Suredah Baharom serta ahli rombongan dari UiTM.
MoU berkenaan menandakan bermulanya kerjasama rasmi pertama Politeknik Brunei dengan UiTM.
Menerusi perjanjian itu juga kedua-dua belah pihak bersetuju melaksanakan usaha untuk manfaat bersama menerusi program penglibatan pelajar dan kegiatan berasaskan penyelidikan.
Kerjasama tersebut menunjukkan komitmen politeknik dalam meningkatkan kerelevanan dan keberkesanan pengajaran serta pembelajaran yang diberikan kepada para pelajar.
Kerjasama itu turut melibatkan program pertukaran kakitangan serta pelajar; bengkel, latihan dan kursus bersama; mengadakan seminar serta persidangan bersama; juga kerjasama dalam pelbagai bidang dan aktiviti.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]