Home > Bahasa Melayu
Perkenal Bahasa Melayu Ke Arena Antarabangsa
SEMINAR Kebahasaan sempena Sidang Ke-57 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), bertempat di Hotel Parkview.
April 27th, 2018 | 14:45 PM | 358 views
JERUDONG
Ekopelancongan dalam konteks pelancongan adalah sebagai salah satu bidang khusus yang menumpukan pada alam semula jadi yang melihatkan keindahan di negara ini.
Perkara itu antara inti pati pembentangan kertas kerja bertajuk 'Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Industri Ekopelancongan : Perspektif Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Dato Paduka Dr. Haji Abdil Latif bin Haji Ibrahim pada Seminar Kebahasaan sempena Sidang Ke-57 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), bertempat di Hotel Parkview, di sini.
Dalam lawatan pelancong-pelancong luar ke negara tersebut menurutnya ia tertumpu pada lapan perkara, antarnya lawatan ke Kampong Ayer.
Apa yang paling penting tambahnya ialah memperkenalkan bahasa Melayu ke arena antarabangsa kerana negara kita tidak terkecuali lebih cenderung mempromosikan dalam bahasa Inggeris.
Justeru itu, usaha untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu bagi kepentingan ekopelancongan menurutnya adalah dengan menganjurkan kursus dalam bahasa Melayu mengenai industri ekopelancongan di negara ini kepada para pemandu pelancong.
Dengan cara demikian, para pelancong akan lebih melihat pada alam sekitar indah dan cantik, yang ditawarkan oleh negara yang dilawati dengan huraian bahasa mudah mereka fahami dan bukan melihat atau mendengar pertuturan bahasa rasmi sesebuah negara yang mungkin mereka tidak fahami.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]