FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pestab Sertai Festival Seni Di Kuala Lumpur


GAMBAR ramai rombongan Kumpulan Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB) sebelum berlepas menghadiri Festival Akar Kita Zapin Nusantara 2018 di Kuala Lumpur.

 


 April 27th, 2018  |  11:34 AM  |   620 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kumpulan Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB) seramai 14 orang akan mengikuti Festival Akar Kita Zapin Nusantara 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia Musim Ke-4.

 

Rombongan tersebut diketuai oleh Pengiran Hajah Rokiah binti Pengiran Haji Abdullah.

 

 Juga menyertai rombongan, Pengerusi Tetap PeSTAB, Awang Seruddin bin Awang Damit yang diundang sebagai panel menerusi Forum Zapin sekali gus akan membuat persembahan nyanyian pada festival berkenaan.

 

Rombongan berlepas meninggalkan negara pagi ini bagi menyertai festival yang akan bermula pada 27 hingga 29 April 2018.

 

Festival itu diusahakan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia (PPM-007-05022014) bersama Persatuan Belia Kota Gagasan (PPBM6546/10) dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (841132-U), dengan sokongan dan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang akan menganjurkan program Pertandingan Akar Kita Zapin Nusantara 2018.

 

Festival bertujuan untuk memartabatkan kesenian Zapin Nusantara ke tahap global dan antarabangsa yang diangkat menerusi perlawanan persahabatan antara negara ASEAN dalam pertukaran budaya, yang melibatkan empat buah negara ASEAN terdiri daripada Indonesia, Brunei dan Singapura selain Malaysia selaku tuan rumah.

 

Penganjuran kali keempat ini merupakan usaha pemasyhuran budaya untuk membina landasan keyakinan pertumbuhan kebudayaan dari peringkat akar umbi dan juga wadah mengeratkan silaturahim menerusi program pertukaran budaya bagi negara berkenaan.

 

Dalam pada itu, format perlawanan persahabatan terbahagi kepada dua segmen, iaitu segmen pertama ialah persembahan (berdurasi 4 minit) dan segmen kedua adalah permainan tingkah Zapin berkumpulan secara spontan (berdurasi 4 minit). Bagi segmen kedua pula, kumpulan peserta akan digandingkan dengan kumpulan daripada negara lain menerusi himpunan pemarkahan kedudukan turutan tertinggi dalam segmen persembahan.

 

Setiap lagu persembahan dalam sesi 'battle' atau permainan tingkah Zapin secara spontan ini akan disediakan oleh penganjur.

 

Pada tahun 2014 Negara Brunei Darussalam mendapat tempat ketiga dalam perlawanan ini.

 

Sebelum perlawanan persahabatan ini diadakan, sebuah bengkel asas tarian akan diadakan sebagai sesi perkongsian ilmu dan menghasilkan sebuah resolusi yang merupakan koreografi, hasil perbincangan dan gabungan ZAPIN Nusantara yang telah diolah untuk dipersembahkan ke majlis pelancaran.

 

Menerusi bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan himpunan asas Zapin yang terdapat di negara-negara jiran masing-masing.

 

Di samping bengkel juga membincangkan mengenai matlamat dalam memartabatkan kesenian Zapin ini ke tahap yang lebih tinggi menerusi forum dengan penglibatan budayawan empat negara ASEAN yang diundang sebagai panel.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17