Home > Bahasa Melayu
Myanmar Atur Strategi Menentang Timor Leste
PEMAIN pasukan bola sepak Myanmar semasa menjalani latihan di Padang Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei.
April 27th, 2018 | 11:26 AM | 969 views
GADONG
Setelah terikat 1 - 1 menentang Thailand pada perlawanan sebelum ini, Myanmar setentunya merancang dan nekad untuk memburu kejayaan yang pastinya apabila bertemu Timor Leste bertempat di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah malam Sabtu ini.
Penolong Jurulatih Myanmar, Chit Naing semasa ditemui di Padang Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, di sini, berkata, pasukannya akan bersiap-siaga untuk meraih kemenangan di samping mengatur strategi dan corak permainan bila beraksi nanti.
Myanmar yang akan bertemu pendahulu carta dalam Kumpulan 'A' Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak Bagi Belia ASEAN 2018, Timor Leste setentunya tidak boleh dipandang ringan apabila pasukan itu menundukkan tuan rumah dengan 1 - 0 pada perlawanan pembukaan Isnin lalu.
Apa yang dijangkakan ialah peserta-peserta Kumpulan 'A' itu antara yang terkuat dan bersaing sengit di antara empat buah negara berkenaan.
Kegigihan dan giat menjalani latihan antara persiapan yang jitu demi persiapan diri sama ada dari segi mental ataupun fizikal.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]