FacebookInstagramTwitterContact

 

Joint Operation           >>           Fuel Stations Temporary Closure           >>           Pitcher Plant Conservation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           SEAMEO Centres Policy Research Network Summit Closing Ceremony           >>           Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Parents Urge Him To 'Stay Strong' After New Video           >>           UNISSA Sinaut Campus Hari Raya Celebration           >>           Europe At Risk Of Dying Faces Big Decisions – Macron           >>           Harvey Weinstein's 2020 Rape Conviction Overturned In New York           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara Tuan Rumah Seminar Kebahasaan MABBIM 2018


PELANCARAN buku oleh tetamu kehormat.

 


 April 26th, 2018  |  13:07 PM  |   1358 views

JERUDONG

 

Seminar Kebahasaan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) merupakan salah satu rangkaian persidangan MABBIM yang diadakan pada setiap tahun, mengikut giliran menjadi tuan rumah penyelenggaraan sidang antara negara anggota, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.

 

Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah penyelenggaraan persidangan MABBIM bagi Sidang Pakar Ke-31; Seminar Kebahasaan MABBIM 2018 dan Sidang Eksekutif Ke-57 MABBIM.

 

Majlis Perasmian Seminar Kebahasaan sempena Sidang Eksekutif Ke-57 MABBIM disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin yang berlangsung di Hotel Parkview, di sini.

 

Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak selaku Pengerusi Majlis dan Ketua Perwakilan MABBIM Brunei Darussalam, dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, sejak MABBIM ditubuhkan 33 tahun yang lalu, pelbagai kejayaan telah diraih termasuk penerbitan buku-buku hasil penyelidikan yang dibuat.

 

Tambahnya, melalui MABBIM juga, pelbagai projek kebahasaan telah disusun, seperti bengkel-bengkel ilmiah dan syarahan-syarahan MABBIM.

 

Menyentuh mengenai tema Seminar Kebahasaan MABBIM tahun ini, iaitu Industri Pelancongan / Parawasita sebagai Wahana Pengantarabangsaan / Internasionalisasi Bahasa Melayu / Indonesia, Dayang Hajah Sariani berkata, tema berkenaan telah disepakati semasa Sidang Eksekutif Ke-56 di Jakarta, Indonesia pada tahun lepas.

 

Pemilihan tema tersebut jelasnya, sangat signifikan dengan industri pelancongan yang begitu mantap pada masa ini, dan juga merupakan mekanisma berkesan untuk kita menyalurkan dan mempromosikan bahasa Melayu kepada para pelancong.

 

Majlis disusuli dengan ucapan dari Ketua Perwakilan Malaysia, Ketua Perwakilan Indonesia dan Ketua Perwakilan Singapura.

 

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan seminar tersebut, disusuli dengan pelancaran buku yang bertajuk 'Impak Syarahan MABBIM Terhadap Pengembangan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia'.

 

Seramai 200 peserta telah menyertai seminar dua hari itu yang membentangkan sebanyak sembilan kertas kerja, iaitu empat kertas kerja dari Negara Brunei Darussalam, tiga kertas kerja dari Malaysia, satu kertas kerja dari Indonesia dan satu kertas kerja penyelidikan dari gabungan tiga negara anggota MABBIM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store

 2024-04-26 02:05:05