Home > Bahasa Melayu
Peserta Kursus 'Fire Marshal' Terima Sijil
SESI bergambar ramai tetamu kehormat bersama para peserta yang mengikuti kursus tersebut.
April 26th, 2018 | 12:42 PM | 685 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Insurans Islam TAIB Sendirian Berhad (IITH) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kursus 'Fire Marshal' kepada 17 pegawai dan kakitangan IITH.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Timbalan Pengarah JBP, Lim Hock Guan; Penolong Pengarah Operasi, Awang Sahrin bin Haji Mohd. Jawie; Penolong Penguasa Bomba, Awang Noorzali bin Apong dan Pegawai Balai, Dayang Rozita binti Haji Mohd. Kamis.
Turut hadir, Pengarah Urusan IITH, Awang Haji Osman bin Haji Md. Jair dan Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan IITH, Awang Haji Abdul Majid bin Haji Hidup.
Peserta-peserta dianugerahkan Sijil Pengiktirafan sebagai 'Fire Marshal' selepas menjalani kursus selama tiga hari di Ibu Pejabat JBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas.
Dengan adanya kursus tersebut, para peserta diharap berkemampuan untuk mengetahui dan memahami cara-cara menangani kebakaran serta bertindak dalam situasi kecemasan, kebakaran dan seterusnya kaedah pengosongan Bangunan IITH.
Sebagai sebahagian daripada program latihan tersebut, IITH juga telah mengadakan latihan kecemasan dan kebakaran (Fire Drill) di Ibu Pejabat IITH di Bangunan Suria, Kiulap yang turut disaksikan oleh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat.
Latihan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menguji kecekapan para 'Fire Marshal' dalam mengawal pelbagai situasi kecemasan, bahkan juga untuk menilai keberkesanan pelan dan prosedur-prosedur respon kecemasan yang sedia ada.
Lebih 130 pegawai dan kakitangan IITH yang bertugas di Bangunan Suria, telah menyertai latihan pengosongan bangunan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]