FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Imbangan Perdagangan Meningkat 51.3 Peratus Pada Disember 2017


 


 April 26th, 2018  |  12:31 PM  |   408 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumlah perdagangan pada bulan Disember 2017 meningkat kepada BND1,138.5 juta berbanding BND855.5 juta pada bulan Disember 2016, iaitu peningkatan sebanyak 33.1 peratus tahun ke tahun.

 

Menurut laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (IMTS) bagi bulan Disember 2017, Imbangan Perdagangan juga meningkat kepada BND357.5 juta dari BND236.3 juta pada bulan Disember 2016, iaitu meningkat 51.3 peratus tahun ke tahun.

 

Eksport meningkat sebanyak 37.0 peratus tahun ke tahun kepada BND748.0 juta daripada BND545.9 juta (Disember 2016). 91.5 peratus daripada jumlah eksport adalah daripada Bahan Api Galian iaitu Minyak Mentah dan Gas Cecair Asli (LNG) yang mana masing-masing meningkat sebanyak 28.0 peratus dan 57.3 peratus. Ini adalah berikutan peningkatan isi padu dan purata harga eksport bagi Minyak Mentah dan LNG.

 

Import barangan juga mencatatkan peningkatan sebanyak 26.1 peratus tahun ke tahun daripada BND309.6 juta (Disember 2016) kepada BND390.5 juta (Disember 2017). Manakala, sumbangan import tertinggi mengikut komoditi adalah Barang-Barang Keluaran Kilang (36.0 peratus), Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (32.3 peratus) dan Makanan (11.4 peratus).

 

Pasaran eksport terbesar adalah ke negara Jepun iaitu sebanyak 35.7 peratus dari jumlah eksport, diikuti oleh Singapura (17.5 peratus), Thailand (14.7 peratus) dan Republik Korea (13.9 peratus).

 

Dari segi import mengikut negara asal, sumbangan terbesar adalah dari negara China sebanyak 37.4 peratus diikuti oleh Malaysia (15.7 peratus), Singapura (11.4 peratus) dan Amerika Syarikat (9.3 peratus).

 

Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (International Merchandise Trade Statistics, IMTS) bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan 'General System' bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula. Laporan penuh IMTS bagi bulan Disember 2017 boleh didapati melalui laman web JPKE di 'www.depd.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16