Home > Sports
Brunei Siap Siaga Berentap Menentang Thailand
PEMAIN pasukan Brunei semasa mengadakan latihan.
April 26th, 2018 | 12:12 PM | 2443 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pemain-pemain Pasukan Brunei Darussalam dinasihatkan agar menumpukan perhatian sepenuhnya ketika bermain di padang.
Dalam perlawanan HBT 2018 di antara Pasukan Thailand dan Myanmar yang lalu, dapat dilihat kekuatan dan kelemahan di antara kedua pasukan tersebut.
Pengurus Pasukan Brunei, Kolonel Awang Zahrin bin Haji Zunaidi menjelaskan perkara tersebut pada sesi temu bual bersama Pelita Brunei semasa menjalani latihan di Padang Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), petang tadi.
Menurutnya, kegagalan semasa perlawanan pertama menentang Pasukan Timor Leste dapat dilihat dari segi kesalahan dan kelemahan yang terdapat dalam perlawanan tersebut memang dijadikan pengajaran untuk perlawanan seterusnya bertemu Pasukan Thailand Jumaat nanti.
''Persiapan bagi pasukan negara, kita akan melihat di mana untuk memperkuatkan kelemahan pasukan negara dan untuk memberikan cabaran yang terbaik kepada Pasukan Thailand,'', jelasnya.
Pemain-pemain tambahnya, amat baik dan yang penting adalah moral serta kesihatan masih terpelihara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]