FacebookInstagramTwitterContact

 

Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Singapura Berpesta Gol Menentang Laos


GAMBAR RAMAI pemain pasukan Singapura sebelum perlawanan bermula.

 


 April 26th, 2018  |  12:03 PM  |   1545 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Misi Pasukan Singapura memburu juara Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak Bagi Belia ASEAN 2018 mengikut rentak yang dirancang, apabila berjaya menundukkan Pasukan Laos dengan jaringan berkesudahan 5 - 1.

 

Perlawanan pertama dalam Kumpulan 'B' itu, Singapura mula membuat gol permulaan di minit 18 menerusi sepakan Rusyaidi Salime.

 

Namun Laos berjaya merapatkan kedudukan apabila gawang Singapura dibolosi oleh pemain jersi 22, Phithack Kongmathilath tiga minit kemudian.

 

Dengan corak permainan yang begitu strategik dan nampak tenang, Singapura terus mengasak pertahanan Laos sehingga rembatan Hami Said menambah gol kedua Singapura di minit ke-40.

 

Tuah terus menyebelahi skuad muda kota Singa itu apabila anak jurulatih, Ikhsan Fandi Ahmad bermain cemerlang dengan manfaatkan jaringan  menggegarkan penjaga gol Laos, Saymanolinh Paseuth di minit 45 sehingga kedudukan 3 - 1 berakhir di separuh masa pertama.

 

Babak kedua menyaksikan Singapura terus berpesta gol dengan banyak mendominasi permainan dan Ikhsan sekali lagi mempamerkan tandukan berbisanya menembusi gawang pihak lawan di minit 49.

 

Walaupun Laos cuba untuk bangkit menggegarkan pertahanan Singapura namun Rusyaidi Salime sekali lagi menghadiahkan gol kelima di saat terakhir perlawanan yang setentunya memberikan tiga mata penuh bagi pasukan Singapura.

 

Dalam Sidang Media sejurus tamat perlawanan, Jurulatih Pasukan Singapura, Fandi Ahmad menyatakan beliau amat gembira atas prestasi yang ditunjukkan oleh anak buahnya yang begitu fokus pada perlawanan malam itu.

 

''Saya dapat melihat semangat dan tekad mereka pada perlawanan ini, dan misi kami untuk bertanding berjalan dengan begitu baik,'' katanya.

 

Sementara itu, Jurulatih Pasukan Laos, Mehmen Fatih Kale berkata, kekurangan mereka dalam bentuk fizikal berbanding Pasukan Singapura, dan kerana itu memberikan kelebihan pasukan lawan menggunakan strategi hantaran jauh yang juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

 

Perlawanan seterusnya dalam Kumpulan 'B', Pasukan Laos akan menentang Kemboja Sabtu ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas manakala Singapura akan bertemu Kemboja Isnin hadapan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54