Home > Bahasa Melayu
Perpustakaan Tempat Selesa Berkomunikasi
PRESIDEN Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam, Puan Nellie binti Dato Paduka Haji Sunny semasa menyampaikan Ceramah 'Reading for Pleasure, Literacy and Libraries' Sempena Hari Buku Sedunia 2018.
April 24th, 2018 | 12:15 PM | 518 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Perpustakaan tidak lagi sunyi tetapi semakin menjadi petak awam, tempat yang selesa untuk komunikasi bersama untuk semua jenis aktiviti.
Perpustakaan kini menampung keperluan yang dicipta oleh gaya hidup digital hari ini, sementara Pustakawan pula adalah kapten, pengemudi, penjaga pintu, yang membuka pintu untuk menggembirakan, spekulasi dan keajaiban serta pengetahuan untuk memberi inspirasi.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Presiden Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam, Puan Nellie binti Dato Paduka Haji Sunny semasa menyampaikan Ceramah 'Reading for Pleasure, Literacy and Libraries' sempena Hari Buku Sedunia 2018 yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Da'wah Islamiah, Berakas, di sini.
Lebih 150 peserta menghadiri ceramah yang dikendalikan oleh Politeknik Brunei (PB) terdiri dari pegawai perpustakaan dari Institut Pengajian Tinggi, pegawai kanan kerajaan dan pelajar PB.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Penolong Pengarah PB, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.
Sementara itu, tiga penceramah turut diundang, iaitu Ketua Perpustakaan, PB, Dayang Hajah Norsenah binti Haji Mohd. Nasir dengan ceramah 'Masa Depan Perpustakaan'; Ketua Perpustakaan, Perpustakaan Islam Brunei, Jabatan Mufti Kerajaan, Pengiran Haji Md. Shahminan bin Pengiran Haji Sulaiman dengan ceramah 'Career as a Librarian'; dan Pensyarah Sekolah Info-Komunikasi dan Teknologi, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Zainal dengan ceramah 'Peranan Perpustakaan dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran'.
Antara tujuan ceramah tersebut diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang perpustakaan dan sumber maklumat bagi pembelajaran dan penyelidikan, di samping meningkatkan penglibatan Pustakawan dalam aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan penyelidikan melalui kerjasama di antara perpustakaan, jabatan dan persatuan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]