FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kursus SEACEN Tumpukan Pelbagai Risiko ICT Di Bank


GAMBAR ramai para peserta yang menghadiri Kursus SEACEN mengenai Risiko Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Bank.

 


 April 24th, 2018  |  12:00 PM  |   517 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama South East Asian Central Banks Research and Training Centre (SEACEN) menganjurkan 'Kursus SEACEN mengenai Risiko Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Bank' (SEACEN Course on Information and Communication Technology Risks in Banks) bermula hari ini hingga 27 April 2018 di The Rizqun International Hotel, Gadong.

 

Kursus lima hari itu memberi tumpuan kepada pelbagai risiko ICT yang dihadapi oleh bank-bank dan institusi-institusi kewangan. Antara yang dibincangkan termasuk konsep dan mekanik dalam penilaian risiko ICT, kesan dari gangguan FinTech, ancaman siber dan keselamatan siber.

 

Selain itu, kursus tersebut juga menyediakan rangka kerja untuk penilaian risiko ICT, termasuk prosedur dan tatacara yang bersesuaian bagi bank-bank dan institusi-institusi kewangan selain sebagai platform bagi para peserta untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran mengenai risiko ICT ini.

 

Kursus ini akan dihadiri oleh 42 peserta dari bank-bank pusat serantau dan antarabangsa, termasuk pegawai-pegawai dari AMBD.

 

SEACEN ditubuhkan pada tahun 1982 dengan mempunyai lapan ahli bank pusat / autoriti monetari dan telah berkembang kepada 20 ahli pada tahun 2014.

 

Sejak penubuhannya, SEACEN telah melaksanakan program-program pembelajaran, kerja-kerja penyelidikan dan platform rangkaian dan kerjasama yang unik kepada rantau ini, untuk membina keupayaan ahli-ahlinya dalam pengetahuan perbankan pusat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16