FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Festival Futsal Mini HBT 2018 Mendapat Sambutan


Jurulatih Futsal AFC Haji Puspa bin Haji Mohammad (kiri) menyampaikan piala juara B10 kepada salah seorang pemain pasukan

 


 April 23rd, 2018  |  12:19 PM  |   825 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Festival Futsal Mini HBT 2018 yang julung kalinya diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 200 orang terdiri daripada para pemain futsal serta penyokong masing-masing.

 

Berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam pada 14 April lalu, festival dibahagikan kepada tiga peringkat umur, iaitu Bawah 10 Tahun (B10), B13 dan B17, dengan setiap pasukan dikehendaki menggunakan nama atau gelaran pasukan kebangsaan yang menyertai Piala Hassanal Bolkiah (HBT) Kejohanan Bola Sepak Bagi Belia ASEAN 2018.

 

Para pemain terdiri daripada pemain akar umbi berumur tiga hingga 12 tahun dan pemain remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

 

Festival anjuran bersama Puspa United Academy dan Akademi Syahkampong itu turut mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) apabila menghantar dua buah pasukan, terdiri daripada para pemain Pusat Kecemerlangan (CoE) NFABD bagi menyertai Kategori B13.

 

Antara yang hadir menyaksikan perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan CoE NFABD ialah Pengarah Teknikal NFABD, Yvon Avry.

 

Final Kategori B10 yang dijalankan secara dua pusingan menyaksikan pasukan Thailand (Puspa United & Syahkampong) mengalahkan pasukan Tabuan (Puspa United) dengan agregat 3-0 menerusi kemenangan 2-0 di perlawanan pertama dan 1-0 di perlawanan kedua.

 

Sementara itu, juara Kategori B13 menjadi milik Singapura yang mengumpul 16 mata di penghujung liga final empat pasukan yang dijalankan secara dua pusingan, diikuti Tabuan 'B' (CoE NFABD) dengan 12 mata selaku naib juara. Tempat ketiga bersama telah dimenangi Tabuan 'A' (CoE NFABD) dan Thailand (Puspa United & Syahkampong).

 

Kategori B17 yang telah disertai oleh enam buah pasukan bersaing dalam liga final satu pusingan menyaksikan Myanmar (Infinity FC) mengumpul 16 mata untuk muncul juara, disusuli Thailand (Puspa United) selaku naib juara dengan 10 mata, lapan jaringan dan empat bolos.

 

Timur Leste (Lemonator FT) di tempat ketiga dengan 10 mata, enam jaringan dan tiga bolos, diikuti Lao PDR (Pemuda FT) di tempat keempat dengan enam mata, Kemboja (Real Strangers) dengan dua mata di tempat kelima dan Singapura (Royale) di kedudukan keenam dengan satu mata.

 

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Instruktor Bola Sepak Akar Umbi FIFA dan Jurulatih Futsal AFC, Haji Puspa bin Haji Mohammad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16