Home > Bahasa Melayu
Bola Sepak Empat Penjuru Buka Tirai
PEMANGKU Penghulu Mukim Sungai Kebun, Awang Shamsuddin bin Haji Maidin selaku tetamu kehormat diperkenalkan kepada Pengurus-pengurus pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
April 22nd, 2018 | 14:33 PM | 417 views
MUKIM KILANAS
Empat pasukan bersaing merebut juara pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru 11 orang sepasukan yang akan berakhir 6 Mei ini.
Perasmian kejohanan tersebut dilangsungkan malam tadi di Padang Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, di sini oleh Pemangku Penghulu Mukim Sungai Kebun, Awang Shamsuddin bin Haji Maidin.
Terdahulu, tetamu kehormat diperkenalkan kepada Pengurus-pengurus pasukan yang menyertai kejohanan tersebut, iaitu AKSE Bersatu selaku tuan rumah, Wondrous FT, FC Phosphor dan Bakes Youth FC selaku pasukan jemputan.
Perlawanan yang dijalankan secara pusing keliling itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Setia 'A' yang bertujuan sebagai persiapan menghadapi kejohanan Liga Daerah Brunei dan Muara, mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain-pemain dan salah satu projek tahunan MPK Kampung Setia 'A'.
Perlawanan pembukaan adalah di antara pasukan AKSE Bersatu bertemu dengan pasukan Wondrous FT.
Turut hadir ialah Ketua Kampung Setia 'A', Awang Haji Asli bin Mamut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]