Home > Bahasa Melayu
Rondaan Bersama Cegah Jenayah Terus Dilaksana
RONDAAN cegah jenayah bersama yang diadakan.
April 21st, 2018 | 13:53 PM | 567 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama Pengawasan Kejiranan (PK) terus mengadakan rondaan bersama bagi mencegah jenayah sebagai usaha menurunkan kadar jenayah di negara ini.
Seramai 10 Ahli PK Mata-Mata yang diketuai oleh Ketua Kampung Mata-Mata, Awang Haji Metali bin Haji Kamis, bergiat aktif dalam melakukan program rondaan pencegahan jenayah bersama Anggota-anggota Polis Balai Polis Pusat.
Tempat-tempat rondaan tertumpu pada tempat yang sering berlakunya jenayah yang telah dilaporkan ke Balai Polis Pusat, iaitu bermula dari Simpang 54 sehingga 74, Kampung Mata-Mata.
Manakala itu, Ahli PK Kampung Junjungan, Mukim Pangkalan Batu juga tidak ketinggalan mengadakan rondaan cegah jenayah di kawasan persekitaran tadahan kampung berkenaan.
Rondaan berkenaan disertai oleh lima anggota Balai Polis Limau Manis yang diketuai oleh Koperal 4044 Pengiran Md. Iskandar Shah bin Pengiran Dato Paduka Haji Salim bersama dua ahli PK.
PDB juga mengambil kesempatan bagi mengalu-alukan para belia daripada pelbagai peringkat umur untuk menyertai PK di kampung masing-masing.
Sementara itu, Balai Polis Sengkurong menjalankan program pendekatan dengan berkunjung mengadakan Lawatan ke Rumah Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa Haji Tahir selaku Pemangku Ketua Kampung Sengkurong 'A'.
Seramai tiga ahli PK turut hadir bagi membincangkan dan mengongsikan maklumat berkenaan kejadian-kejadian jenayah yang sering berlaku di kawasan Mukim Sengkurong.
Hasil perjumpaan pada pagi itu, Ahli-ahli PK Sengkurong 'A' bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam sama-sama mengambil peranan mengadakan Program Pencegahan Jenayah melalui rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan Mukim Sengkurong.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]