Home > Bahasa Melayu
Alumni Penuntut SM SMJA Anjur Majlis Keagamaan
GAMBAR ramai Alumni Penuntut-Penuntut Pengambilan Pertama Aliran Inggeris Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) 1975 pada Majlis Tahlil dan Doa Arwah.
April 21st, 2018 | 12:42 PM | 1191 views
JERUDONG
Seramai lebih 100 alumni penuntut-penuntut Pengambilan Pertama Aliran Inggeris Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) 1975 bersama keluarga mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bertempat di Hotel Jeruton, di sini.
Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Haji Abdul Lamit bin Abdullah yang juga mengetuai bacaan Tahlil dan Doa Awrah.
Menurut Setiausaha Bersama alumni tersebut, Awang Haji Sheikh Abdullah bin Haji Sheikh Yahya, majlis yang diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan sejak almuni itu ditubuhkan pada tahun 2016, dengan tujuan untuk sama-sama mendoakan khusus kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah kembali ke rahmatullah, agar diberikan rahmat dan keampunan serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Di samping itu jelasnya, ia adalah untuk mengeratkan perpaduan dan ikatan silaturahim di kalangan bekas penuntut-penuntut dan ahli keluarga masing-masing.
Sementara Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Awang Md. Serudin bin Haji Tuah dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua bekas penuntut-penuntut yang bergabung dalam almuni itu, di atas kerjasama dan penglibatan yang berterusan dalam sama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sebelum ini, dan berharap akan terus memberikan sokongan dan kerjasama di masa-masa akan datang.
Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan derma untuk anak-anak yatim SM SMJA kepada Penasihat I, Awang Haji Haris bin Othman yang kemudiannya akan disampaikan kepada Pengetua SM SMJA pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Derma diperolehi daripada sumbangan ahli-ahli almuni, dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak BND2,733.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan amal kebajikan suka duka bagi musibah kematian dan juga bagi majlis perkahwinan anak-anak ahli yang telah disempurnakan oleh Awang Haji Abdurahman bin Haji Nasir selaku Penasihat II.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]