FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kukuhkan Rangka Kerja Global, Serantau Komanwel


Kukuhkan rangka kerja global, serantau Komanwel KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat men KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat men KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat men

 


 April 20th, 2018  |  11:16 AM  |   612 views

LONDON, UNITED KINGDOM

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan berangkat menghadiri Sesi Eksekutif bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel.

 

 Di sesi tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia  berkenan mengurniakan titah yang antaralain menggariskan akan perlunya memberikan perhatian kepada inisiatif-inisiatif bagi menggalakkan kemakmuran, kelestarian dan sekuriti ke arah masa hadapan bersama (common future). Rangka kerja global dan serantau Komanwel juga hendaklah sentiasa diperkukuhkan di dalam sentimen anti-globalisasi dan perlindungan yang semakin meningkat.

 

Kebawah DYMM percaya bahawa usaha-usaha menggalakkan perdagangan dan menangani halangan-halangan perdagangan akan memberikan peluang dan kelebihan yang lebih besar kepada masyarakat. Baginda seterusnya mengesahkan semula komitmen negara kepada sistem berbagai-hala di mana pertalian perdagangan dapat diperkukuhkan lagi bagi mencapai kemajuan dan pembangunan.

 

Baginda seterusnya menambah bahawa Brunei mengalu-alukan Agenda Kesalinghubungan Komanwel (Commonwealth Connectivity Agenda) bagi membantu memperkukuhkan lagi aktiviti-aktiviti perdagangan, dengan penglibatan para wanita dan belia; serta memberikan keutamaan kepada langkah-langkah mesra PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana).

 

 Baginda menyatakan sokongan padu negara kepada usaha-usaha Komanwel dalam menangani kesan buruk perubahan iklim, seperti Queen's Commonwealth Canopy (QCC), di mana amalan-amalan terbaik dan kerjasama-kerjasama baharu dapat dikongsi dan diperkenalkan serta usaha Secretary General's Blue Charter Initiative. Brunei, jelas titah baginda dalam hal ini, telah menyumbangkan tiga hutan simpannya, iaitu sebanyak 22 peratus daripada keluasan negara bagi maksud tersebut.

 

 Menyentuh tentang keselamatan, baginda menambah bahawa Brunei mengalu-alukan inisiatif negara-negara Komanwel dalam menangani ancaman dan cabaran baru seperti jenayah siber, pengganasan siber dan keselamatan data, serta keganasan melampau yang semakin meningkat. Negara Brunei Darussalam juga komited untuk bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa seperti Komanwel, untuk menangani ancaman-ancaman tersebut.

 

 Baginda menegaskan bahawa ancaman-ancaman berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan agama, bangsa, kewarganegaraan atau etnik tertentu.

 

Ke arah menangani perkara ini, baginda yakin perlunya untuk menggalakkan dan mengekalkan nilai-nilai seperti keamanan, hormat-menghormati, timbang rasa dan kesederhanaan serta menyedari dan menghormati perbezaan agama, tradisi, dan budaya serta cara hidup.

 

 Sesi Eksekutif tersebut berlangsung di CHOGM Meeting Room, Lancaster House.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16