FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KUPU SB Anjurkan SEKAPES 2018, 25 - 26 April


SESI sidang media bersama Pengarah Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, Profesor Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo

 


 April 19th, 2018  |  12:24 PM  |   1108 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Buat julung kalinya, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Kefahaman Aqidah dan Pemikiran Semasa 2018 (SEKAPES 2018) yang akan berlangsung pada 25 dan 26 April, bertempat di Dewan Tarbiyah, kolej berkenaan.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, Profesor Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo yang diadakan di Bilik Taqwa, KUPU SB, di sini.

 

Seminar berkenaan jelasnya, antara lain bertujuan bagi memperkasa kefahaman akidah dalam kalangan umat Islam masa kini dan menangani fahaman serta pemikiran semasa yang bertentangan dengan ajaran akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Selain itu katanya, ia juga bagi mengenal pasti isu-isu serta cabaran dalam pendidikan aqidah dan menyebarluaskan pendidikan akidah dalam masyarakat menerusi karya-karya ilmiah serta mengukuhkan dasar dan keharmonian Negara Brunei Darussalam dalam mengekalkan pendirian negara yang berkaitan dengan kefahaman juga pendidikan akidah.

 

Menurutnya, tema seminar ialah 'Aqidah Ahli Sunnah Waljama'ah Asas Kesejahteraan Negara', yang mana sub-tema yang akan dibincangkan ialah mengenai kemantapan akidah Ahli Sunnah Waljamaah sepanjang pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; pemerkasaan kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah di Negara Brunei Darussalam dan nusantara; pengukuhan pendekatan Wasatiyyah dalam menangani isu pelampau ugama; peranan ulama dan tokoh Islam dalam menangani pemikiran semasa; dan pengalaman institusi serta agensi kerajaan dalam memperkasa kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Seminar akan diserikan dengan pembentangan enam kertas utama dan lima lagi kertas kerja jemputan yang akan disampaikan oleh para penceramah khas serta pakar-pakar dari pelbagai agensi di dalam juga luar negara.

 

Penyertaan sebagai peserta seminar masih dibukakan dan adalah dialu-alukan dengan yuran penyertaan tertentu, di mana sasaran peserta merangkumi ahli akademik, penyelidik, pegawai dan kakitangan kerajaan, pihak swasta, pihak NGO, pelajar pasca dan pra-siswazah juga individu yang berminat.

 

Yuran penyertaan peserta seminar bagi peserta dalam negeri wakil jabatan kerajaan / swasta dalam negara adalah BND50.00; persendirian / NGO dalam negara BND30.00; pelajar dalam negara (kerajaan dan swasta) BND15.00; dan pelajar KUPU SB BND10.00.

 

Sementara itu, yuran penyertaan bagi peserta luar negara persendirian luar negara BND75.00; manakala pelajar luar negara BND50.00.

 

Tarikh lewat pendaftaran pada 21 April dan bagi pendaftaran atau untuk keterangan lebih lanjut, boleh menghubungi Awang Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa selaku Setiausaha Bersama Seminar Kefahaman Aqidah & Pemikiran Semasa 2018 melalui talian telefon +673 8628213 atau e-melkan terus ke '[email protected]'.

 

Seminar diharap akan dapat meningkatkan lagi kefahaman umat Islam khususnya mengenai kepentingan aqidah kita, iaitu Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

 

Ia juga sangat relevan dengan risalah KUPU SB sebagai peneraju perguruan ugama dan pendidikan Islam. Lebih-lebih lagi objektif Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, KUPU SB untuk menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah di peringkat kebangsaan serta antarabangsa bagi keperluan masyarakat, negara juga ummah.

 

Begitu juga dengan misi Fakulti Usuluddin, KUPU SB, iaitu memartabatkan ilmu dalam bidang Usuluddin dan Perguruan Ugama melalui pengajaran, pembelajaran, latihan, kajian, penyelidikan, perkhidmatan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19