FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bercemar Duli ke Daerah Tutong


KEBAWAH DYMM berkenan berangkat melawat Sekolah Menengah Tanjong Maya. | FOTO: INFOFOTO (Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 May 15th, 2016  |  10:43 AM  |   4129 views

TUTONG

 

Sabtu, 14 Mei. - Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli melawat ke rumah-rumah para penerima anak kunci rumah Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang, Tutong jelas memperlihatkan kewibawaan baginda sebagai raja yang prihatin, pemedulian, pengasih tentang perkembangan kehidupan rakyat baginda.

 

Ini merupakan kesempatan para penerima anak-anak kunci rumah untuk menemui raja yang dikasihi secara langsung bagi menjunjung ziarah dan menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke rumah-rumah mereka.

 

140516 AZMAH06 SMTM

KEBAWAH DYMM dijunjung melihat beberapa hasil anyaman yang dihasilkan oleh para pelajar.

 

Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat prihatin dan berkenan bercemar duli berangkat ke rumah-rumah penerima kunci walaupun untuk seketika sahaja bagi beramah mesra dan bergambar ramai sebagai tanda kenangan yang bermakna.

 

Dalam pada itu, institusi pendidikan di negara ini juga terus mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia, bila mana perkara ini jelas terbukti pada setiap Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Lot-lot Tanah dan Anak-anak Kunci Rumah di seluruh negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan bercemar duli berangkat melawat ke sekolah-sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi berdekatan bagi meninjau perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

 

140516 ARIF12 SRAR

KEBAWAH DYMM berkenan melawat ke kelas-kelas Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya.

140516 HERNIE06 SRAR

KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan seorang murid Tahun 1 membaca buku cerita dalam bahasa Inggeris.

 

Pada keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Majlis Penyempurnaan dan Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah Kembar dan Rumah Teres, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Bukit Beruang bagi Daerah Tutong ini, baginda berkenan berangkat ke Sekolah Menengah Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya, Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong II, Syarikat Wira Bina, Rumah Ketua Kampung Lubok Pulau dan Balai Bomba Bukit Beruang.

 

Terdahulu, sejurus selepas penyempurnaan Majlis Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah Kembar dan Rumah Teres RPN Kampung Bukit Beruang, baginda dijunjung berangkat melawat ke Sekolah Menengah Tanjong Maya yang mempunyai 718 penuntut, di mana ianya mula digunakan bagi sesi persekolahan pada Julai 2009.

 

140516 DKFILA09 WIRABINA

KEBAWAH DYMM berkenan melawat ke tempat memproses minyak kelapa dara.

140516 AZMI21 WIRABINA

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menandatangani gambar potret baginda.

 

Bagi mengingati lawatan tersebut, Kebawah DYMM telah berkenan menandatangani lembaran kenangan.

 

Sejurus selepas itu, baginda meneruskan lawatan ke Sekolah Rendah Abdul Rashid, Tanjong Maya.

 

Keberangkatan baginda di sekolah tersebut dijunjung oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Siti Nurhidayah binti Abdullah Tujoh.

 

140516 HAMZAH028 LUBOK

KEBAWAH DYMM berkenan menerima pesambah dari Ketua Kampung Lubok Pulau.

140516 HAMZAH030 LUBOK

KEBAWAH DYMM berkenan bergambar ramai bersama Majlis Perundingan Kampung Lubok Pulau.

 

Di sekolah tersebut, baginda berkenan melawat ke kelas-kelas dan perpustakaan seterusnya menerima pesambah berupa 'Bahai' iaitu sejenis bakul anyaman.

 

Baginda kemudiannya meneruskan lawatan ke Syarikat Wira Bina yang mana baginda dijunjung melawat ke dewan pameran, tempat memproses minyak kelapa dara serta produk-produk yang telah siap dihasilkan.

 

140516 ARIF38 BOMBA

KEBAWAH DYMM berkenan berangkat ke Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Beruang.

140516 ARIF41 BOMBA

KEBAWAH DYMM dijunjung menyaksikan pameran di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Beruang.

 

Produk Minyak Kelapa Dara diperkenalkan kepada penduduk Tanjong Maya sebagai inisiatif kerajaan dalam projek 'Satu Kampung Satu Produk – 1K1P' bagi Mukim Tanjong Maya pada tahun 2009.

 

Rumah Ketua Kampung Lubok Pulau, Awang Haji Abdul Rahman bin Samat menjadi destinasi lawatan baginda seterusnya diikuti dengan Balai Bomba dan Penyelamat, Bukit Beruang.

 

140516 MONEERAH AZMI25

KEBAWAH DYMM ketika berkenan melawat Rumah Dayang Rabiatul Moneerah Binti Mansor.

140516 ANDY ARIF61

KEBAWAH DYMM berkenan bercemar duli bersama keluarga Awang Haji Andy Faizal bin Haji Junit.

140516 AMIEZUL AZMAH17

KEBAWAH DYMM berkenan bergambar kenangan bersama keluarga Awang Amiezul bin Mohammad Zulazri.

 

Pada lawatan Kebawah DYMM ke Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Beruang, baginda berkenan melawat pameran serta menyaksikan pertunjukan memadam kebakaran menggunakan buih (foam).

 

Balai Bomba Bukit Beruang mula beroperasi sepenuhnya pada 4 Mac 2015 di mana ianya adalah merupakan pembinaan balai bomba ketiga bagi Cawangan Operasi 'E'.


Pembinaannya adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat bagi melindungi pertumbuhan pembangunan pesat Daerah Tutong.

 

140516 DKFILA18 SANTAP

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi Majlis Santap.

 

Bagi mengakhiri lawatan, baginda seterusnya berkenan melawat rumah-rumah penerima anak-anak kunci rumah di bawah RPN Bukit Beruang iaitu rumah kembar kepunyaan Dayang Rabiatul Moneerah binti Mansor, Dayangku Shahidah binti Pengiran Kahar, Awang Muhammad Fadhlie bin Abdullah dan Awang Haji Andy Faizal bin Haji Junit serta rumah teres milik Awang Amiezul bin Mohammad Zulazri dan Awang Shahrul Nizam bin Sawal.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39