Home > Headline
DPMM Berkenan Berangkat Sertai Sesi Bergambar Ramai
DYTM DPMM berkenan bergambar ramai bersama pengurus dan juga pemain pasukan bola sepak Brunei DPMM FC musim 2018.
April 13th, 2018 | 10:22 AM | 1046 views
JERUDONG
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC berkenan berangkat menyertai sesi bergambar ramai bersama Pasukan Brunei DPMM FC bagi Musim 2018 di Mini Stadium, Jerudong, di sini.
Selesai sesi bergambar ramai, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pemain dan pegawai pasukan Brunei DPMM FC dan seterusnya berkenan menyaksikan sesi latihan.
Pasukan Brunei DPMM FC telah memulakan cabarannya dalam Liga Perdana Singapura musim ini apabila beraksi cemerlang dengan mengalahkan Home United FC, 4 - 2 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 7 April lalu.
Pasukan Brunei DPMM FC akan meneruskan cabarannya apabila bertemu dengan Albirex Niigata (S) pada 14 April ini di Jurong East Stadium Singapura dan menentang Geylang International FC pada 17 April depan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Semasa perlawanan menentang Albirex Niigata (S) nanti, para pemain pasukan Brunei DPMM FC akan buat pertama kali menyarung jersi 'away' yang baharu berwarna ungu dan berkonsepkan ciri-ciri keBruneian serta mempunyai corak 'Air Muleh' di sebelah kiri dan kanan jersi tersebut, rekaan bagi jersi 'away' pemain Pasukan DPMM FC tersebut merupakan inspirasi DYTM.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]