Home > Bahasa Melayu
Brunei - Oman bincang isu kepentingan bersama
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi.
March 22nd, 2018 | 10:17 AM | 759 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi yang mengadakan lawatan ke negara ini selama dua hari.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan TYT Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.
Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al Maskari.
Juga hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]