Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM utus tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia
March 20th, 2018 | 11:43 AM | 724 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin berkaitan dengan kemenangannya dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.
Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Vladimir Putin diatas kemenangannya itu dan berharap semoga TYT akan terus mencapai kejayaan dalam penggal barunya dan seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan yang amat bernilai serta perhubungan dalam pelbagai bidang yang menpunyai kepentingan bersama baik di peringkat dua hala mahupun antarabangsa.
Bagi mengakhiri ucapan tahniah tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT Vladimir Putin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pejabat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]