FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan kurniakan hadiah juara Kejohanan Golf Persatuan Golf Profesional Wanita 2018


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan bergambar bersama juara Kejohanan Golf Persatuan Golf Profesional Wanita 2018, Ran Hong.

 


 March 20th, 2018  |  11:36 AM  |   1843 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Golf Persatuan Golf Profesional Wanita 2018 di The Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

 

Menjunjung keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Perlancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar.

 

Muncul juara dalam kejohanan tersebut adalah pendahulu ketiga-tiga pusingan LPGA iaitu Ran Hong yang berjaya mencatatkan 18 pukulan di bawah par sekaligus menjuarai keseluruhan meninggalkan beberapa rakan senegaranya yang rata-rata menguasai 10 tangga teratas kejohanan itu.

 

Sementara itu, majlis dibuka dengan sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Golf  Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran Metassan diikuti dengan penganugerahan hadiah yang turut disertai perwakilan penganjuran.

 

Penganugerahan hadiah dimulakan dengan penyarungan jaket kemenangan sebelum piala kejohanan yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia, diikuti oleh Pengarah Persatuan Golf Profesional China, Li Hong yang menyampaikan sejambak bunga kemenangan serta Pengarah Eksekutif Persatuan Golf Profesional Korea, Kyung Ja Kim yang menyampaikan cek berjumlah 140,000,000 won Korea.

 

Pada pusingan pertama, Ran Hong berjaya meraih 7 pukulan di bawah par, namun merosot pada hari kedua apabila hanya berhasil mencatatkan 4 pukulan di bawah par meskipun masih menguasai kejohanan.

 

Pada hari terakhir, beliau sekali lagi unggul apabila mula mencapai kejuaraan pada lubang ke-10 untuk muncul johan.

 

Kejohanan golf kali ini berjaya menarik 59 pemain profesional dari Korea, 40 dari China dan turut menampilkan tiga pemain Brunei Darussalam yang terdiri daripada Dayangku Siti Nurmashizriah binti Pengiran Nikman, Pajaree Anannarukarm dan Velerie Tan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ihsan Media Permata

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19