Home > Bahasa Melayu
Tanda-tanda garis, 'roadline', 'markings' kabur dipantau
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
March 20th, 2018 | 10:22 AM | 349 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Memang menjadi perhatian utama bagi Kementerian Perhubungan dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dalam memantau garis jalan, iaitu tanda-tanda garis, 'roadline' dan 'markings'.
Tanda-tanda garis, 'roadline' dan 'markings' yang kabur jelas yang Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof apabila diperhatikan memang terjadi dan berlaku.
Pada masa ini, jelas Yang Berhormat di bawah MKKJR dengan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan Kerja Raya, Road Department dan sebagainya dan pihak Polis Diraja Brunei supaya garis-garis ini diperbaiki dan diterangkan.
Ini tambah Yang Berhormat adalah usaha berterusan yang terus dijalankan, khususnya juga untuk keselamatan pengguna jalan raya khususnya pada waktu malam.
Ia bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari apakah MKKJR mempunyai peranan dalam pemantauan garis jalan di Negara Brunei Darussalam seperti tanda-tanda pada pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 MMN hari ke-11 sesi petang yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk Nasibahanim Pg Haji Bakar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]