Home > Bahasa Melayu
Pupuk budaya keselamatan melalui pembarigaan usaha sama
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
March 20th, 2018 | 10:21 AM | 218 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Walaupun pada peringkat awal ini masih nampak pada keperluan pembaikan dari segi penerimaan dan keprihatinan orang ramai untuk memakai jaket keselamatan, sebenarnya apa yang mereka lakukan adalah untuk keselamatan dan kebaikan diri sendiri.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu pada hari ke-11 sesi petang mengutarakan persoalan mengenai keberkesanan kempen-kempen kesedaran mengenai 'life jacket' (jaket-jaket keselamatan) bagi penggunaan perairan-perairan Negara Brunei Darussalam khususnya di perairan Sungai Brunei pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-11 MMN yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini.
Untuk memupuk budaya keselamatan ini jelas Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof pada menjawab persoalan berkenaan memanglah akan mengambil masa, tetapi dalam hal ini pihak-pihak yang berkenaan khususnya pihak MPA akan bekerjasama dengan beberapa pihak lain, khususnya mungkin pihak-pihak swasta, NGO's dan bukan kerajaan ataupun pihak-pihak 'volunteer group' untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membarigakan kesedaran ini.
Setakat ini, tambah Yang Berhormat pihak kementerian sebenarnya melantik beberapa Ambassador bukan kerajaan sebagai 'prominent ambassadors' yang akan membantu dalam pembarigaan isu-isu keselamatan dan 'life jacket' yang disebutkan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk Nasibahanim Pg Haji Bakar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]