FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sidang Kemuncak Khas tingkatkan hubungan ASEAN - Australia


KEBAWAH DYMM Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berangkat menghadiri Sesi Plenari Para Pemimpin bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN - Australia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Sydney.

 


 March 19th, 2018  |  10:35 AM  |   326 views

SYDNEY

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menjelaskan Sidang Kemuncak Khas ASEAN - Australia merupakan satu peluang untuk meningkatkan lagi hubungan strategik di antara masyarakat ASEAN dan Australia.

 

Bertitah semasa berangkat menghadiri Sesi Plenari Para Pemimpin bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN - Australia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Sydney, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengimbas kembali perkembangan hubungan ASEAN - Australia selama beberapa tahun sejak Australia menjadi Rakan Dialog ASEAN yang pertama.

 

Baginda menekankan bahawa kerjasama yang berterusan melalui program-program pertukaran seperti Colombo Plan serta program Biasiswa adalah penting dalam merapatkan hubungan di antara rakyat dan di dalam memupuk kesefahaman bersama, terutama dalam kalangan belia.

 

Mengenai perdagangan, baginda memuji Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN - Australia - New Zealand yang telah mengukuhkan perkongsian ekonomi ASEAN - Australia. Perjanjian ini telah membawakan keuntungan pada aliran perdagangan dan menjadi platform pada rangka kerja Perjanjian-Pejanjian Perdangangan Bebas yang lain juga bagi integrasi ekonomi ASEAN.

 

Kebawah DYMM menekankan, tentang kepentingan ekonomi digital sebagai platform yang semakin berkembang ke arah menghubung dan mengembangkan rangkaian perniagaan serantau dan dunia luar serta baginda mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat bagi mendukung perkembangan perusahaan.

 

Menyentuh mengenai keselamatan, baginda mengetengahkan kepentingan untuk memastikan persekitaran yang selamat dan stabil, dan bahawa mengekalkan keamanan serantau harus menjadi keutamaan dalam kerjasama masa depan.

 

Kebawah DYMM bertitah mengalu-alukan usaha bersama di dalam memerangi keganasan dan jenayah transnasional, melalui pertukaran maklumat dan perkongsian perisikan (intelligence) di antara agensi-agensi penguatkuasa undang-undang.

 

Pada mengakhiri titah, baginda menyambut baik pelbagai inisitif yang telah dijalankan oleh Australia bagi memperingati Sidang Kemuncak Khas ini, yang menandakan satu permulaan baharu dalam hubungannya dengan ASEAN.

 

Terdahulu Keberangkatan tiba Kebawah di pusat berkenaan dialu-alukan oleh Perdana Menteri Australia, The Honourable Malcolm Turnbull.

 

Baginda kemudiannya beredar ke Grand Ballroom bagi Sesi Plenari Para Pemimpin Sidang Kemuncak Khas ASEAN - Australia, bersama-sama dengan The Honourable Perdana Menteri Australia serta Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN yang lain.

 

Sesi Plenari ini dimulakan dengan ucapan daripada Perdana Menteri Australia, The Honourable Malcolm Turnbull bagi mengalu-alukan kehadiran para pemimpin ASEAN dan diikuti dengan ucapan pembukaan daripada Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong selaku Pengerusi ASEAN.

 

Dalam Sesi Plenari ini juga, para pemimpin telah membincangkan isu-isu kerjasama dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa, serta hala tuju masa depan hubungan ASEAN - Australia.

 

Para pemimpin juga telah mendengarkan penerangan dan resolusi Sidang Kemuncak Perniagaan (Business Summit) dan Persidangan Counter-Terrorism yang telah diadakan sebelumnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53