Home > Bahasa Melayu
Brunei - Australia bincang isu pelbagai hala
KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berangkat mengadakan Perjumpaan bersama Perdana Menteri Australia, The Honourable Malcom Turnbull.
March 19th, 2018 | 10:33 AM | 271 views
SYDNEY
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi ini berkenan mengadakan Perjumpaan bersama Perdana Menteri Australia, The Honourable Malcom Turnbull.
Perjumpaan tersebut diadakan di Bilateral Room, Pusat Persidangan Antarabangsa Sydney, Australia.
Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan tersebut dialu-alukan oleh The Honourable Perdana Menteri Australia.
Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM dan The Honourable Perdana Menteri Australia bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, serta kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia.
Menyertai rombongan The Honourable Perdana Menteri Australia ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum.
Hadir sama pada perjumpaan tersebut ialah Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim; Menteri Kewangan II (Kedua) Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia, Tuan Yang Terutama Awang Haji Zakaria bin Haji Ahmad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]