FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persembahan Beautiful China, Scenic Guangxi pukau penonton


HADIR menyaksikan Persembahan Akrobatik 'Beautiful China, Scenic Guangxi adalah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin.

 


 March 17th, 2018  |  09:44 AM  |   402 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 16 Mac. - Kedutaan Besar Republik Rakyat China di negara ini dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Beautiful China, Scenic Guangxi yang diadakan di Jerudong Park Amphitheatre.

 

Hadir menyaksikan acara tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin.

 

Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

 

Puan Yang Terutama Yang Jian dalam ucapannya pada majlis tersebut antara lain menyatakan tujuan acara diadakan adalah untuk sama-sama berkongsi seni dan budaya perkampungan Guangxi, Nanning di China.

 

Selain itu katanya, ia juga dapat terus mengeratkan hubungan kerjasama bagi merealisasikan projek pertukaran dalam bidang kebudayaan dan kesenian di bawah Memorandum Persefahaman dalam bidang kebudayaan di antara kedua-dua buah negara.

 

Rombongan Kebudayaan dari Guangxi-Zhuang Autonomous Region tersebut mempersembahkan akrobatik, tarian dan nyanyian yang menggambarkan kepelbagaian kebudayaan mereka.

 

Yang menarik perhatian penonton dalam persembahan tersebut ialah kebolehan penyanyi dari Republik

Rakyat China menyanyikan lagu Brunei yang berirama joget.

 

Persembahan kebudayaan juga akan diadakan pada Sabtu, 17 Mac 2018, jam 8 malam di tempat yang sama dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bersama-sama menyaksikan persembahan berkenaan, masuk adalah percuma.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19