FacebookInstagramTwitterContact

 

Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spain WWC Winners, Jude Bellingham Take Home Laureus Awards           >>           A-League's Central Coast Mariners Eye $2.3m AFC Cup Payday           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PDB atur strategi terkini cegah jenayah bersama masyarakat awam


SESI perjumpaan bersama Ketua-ketua Kampung serta Ahli Pengawasan Kejiranan yang telah dilantik di bawah tadahan Balai Polis Berakas bagi suku tahun ke-3 dan ke-4 2017

 


 March 17th, 2018  |  09:33 AM  |   440 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei dan Muara telah membuat sesi perjumpaan bersama Ketua-ketua Kampung serta Ahli Pengawasan Kejiranan yang telah dilantik di bawah tadahan Balai Polis Berakas bagi suku tahun ke-3 dan ke-4 2017.

 

 

Perjumpaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas itu dipengerusikan oleh Pegawai Menguasa Balai, Penolong Penguasa Polis Muhd Nurfairuz Nazri Bin Salleh.

 

 

Taklimat pada perjumpaan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Menguasa Balai menjurus kepada perkongsian maklumat dan statistik kes-kes jenayah dan kemalangan lalulintas bagi bulan Julai 2017 hingga Disember 2017 serta membincangkan aktiviti-aktiviti ahli Pengawasan Kejiranan bagi tahun 2018 beserta mengatur strategi terkini dengan masyarakat awam dalam sama-sama mencegah jenayah daripada berleluasa di kawasan Berakas dan Gadong. Taklimat tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab.

 

 

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil bagi Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung (PKK) yang seramai 12 orang terdiri daripada ahli daripada Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan Kawasan 4, STKRJ Lambak Kiri dan Kampung Madang.

 

 

Perjumpaan itu  merupakan strategi Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bagi meningkatkan keyakinan dan kerjasama masyarakat awam dalam sama-sama berganding bahu membantu mencegah jenayah serta mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada masyarakat kampung.

 

 

Bagi mewujudkan hala tuju suasana yang harmoni lagi selamat, maka setiap penduduk di dalam sesebuah kampung tersebut diseru untuk tidak putus-putus memberi sokongan padu dalam usaha membantu pihak Polis bersama gandingan Pengawasan Kejiranan mengiatkan operasi-operasi membenteraskan dan mengurangkan jenayah.

 

 

Sesi juga dihadiri oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai , Inspektor Nur Adiba Binti Mohammad; anggota-anggota dan ahli Focal Point Pengawasan Kejiranan dari Balai Polis Berakas termasuk ketua-ketua Kampung Mukim Berakas ‘A’ , Mukim Berakas ‘B’ dan Mukim Gadong ‘A’.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pasukan Polis Diraja Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39