Home > Bahasa Melayu
BIBD pupuk kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar
March 17th, 2018 | 09:20 AM | 254 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bersempena dengan Minggu Wang Global Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Bank Islam Brunei Darussalam baru-baru ini menganjurkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pendidikan yang menyeronokkan bertemakan tips penjimatan wang dan perancangan kewangan di ibu pejabat BIBD di Bandar Seri Begawan.
Permainan tersebut bertujuan untuk memupuk kemahiran pengurusan kewangan yang kukuh dalam kalangan para peserta untuk memastikan mereka memahami manfaat sebenar penjimatan dari usia muda, bagaimana untuk mencapainya dan bagaimana penyediaan kewangan bagi peringkat kehidupan yang berbeza.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Bank Islam Brunei Darussalam
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]