FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kesejahteraan warga Brunei di luar negara dipantau


MENTERI Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.

 


 March 13th, 2018  |  11:13 AM  |   1554 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pelawat-pelawat Negara Brunei Darussalam ke luar negara disarankan untuk mendaftar secara 'online' ataupun dengan perwakilan-perwakilan yang berkenaan di negara-negara yang mereka lawati.

 

Ini adalah untuk memudahkan pihak perwakilan luar negeri menjalankan tugas pemantauan.

 

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof menjelaskan perkara itu bagi menjawab soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin mengenai bantuan selayaknya untuk rakyat negara ini yang mendapat musibah semasa berada di luar negeri.

 

Yang Berhormat menambah, ianya memang usaha pejabat ataupun Seksyen Konsular untuk meneliti sekiranya ada rakyat ataupun penduduk negara ini menghadapi masalah ataupun musibah.

 

Selain itu, ujar Yang Berhormat, ia juga sebagai satu 'channel' untuk memberi bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak keluarga ataupun pihak yang menerima musibah tersebut.

 

Walau bagaimanapun, kata Yang Berhormat, memang ada had sejauh mana konsular boleh membantu mereka yang menghadapi masalah ataupun musibah, tetapi ia juga tertakluk kepada 'case by case' ataupun setiap satu kes mungkin berlainan dengan kes yang lain memandangkan keadaan seperti mana.

 

''Tetapi pada dasarnya memanglah konsular luar negara itu akan cuba sedaya-upaya untuk membantu mana-mana rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang menghadapi masalah,'' kata Yang Berhormat.

 

Selain itu, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Sulaiman juga menjawab soalan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin mengenai bantuan seperti pelajar-pelajar persendirian yang belajar di luar negeri

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Pendidikan, kementerian berkenaan melalui Unit Penuntut-Penuntutnya yang berada di luar negara seperti di United Kingdom dan juga Ataci-Ataci Pendidikannya memang memantau kesejahteraan penuntut-penuntut di sana.

 

''Tetapi dengan syarat mereka mestilah mendaftar dengan unit-unit dan pegawai-pegawai ini,'' kata Yang Berhormat.

 

Tambah Yang Berhormat, jika mereka tidak mendaftar, ia tidak akan diketahui dan ini akan menimbulkan masalah jika ada kejadian-kejadian yang kita tidak ingini.

 

''Jadi cabarannya ialah untuk meningkatkan 'awareness' penuntut 'private students' kitani untuk mendaftar di mana mereka belajar di luar negara dengan Unit Penuntut-Penuntut yang ada dengan pegawai-pegawai Ataci Pendidikan yang kita ada di Pejabat-Pejabat Kedutaan ataupun Suruhanjaya Tinggi di luar negara itu,'' ujar Yang Berhormat.

 

Manakala, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar menasihatkan orang ramai yang bercuti di luar negeri untuk mengambil insurans, kerana ini akan memudahkan segala urusan semasa berada di sana.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17