FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyediaan SOP Bagi Tangani Penyebaran Maklumat Palsu


 


 March 9th, 2018  |  11:55 AM  |   1098 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Kebangsaan e-Kerajaan akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian untuk memasukkan maklumat-maklumat yang penting termasuk garis panduan atau Standard Operational Procedure (SOP) setelah ia disediakan ke dalam laman-laman web kerajaan.

 

Bagi membantu kementerian-kementerian dalam menambah baik laman sesawang kementerian-kementerian seperti penubuhan sistem-sistem online government.bn telah pun dilancarkan sebagai portal rasmi kerajaan Brunei Darussalam bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang dapat diakses di mana sahaja dan bila-bila masa.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud menyambut baik akan saranan daripada Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari untuk menyediakan tatacara garis pandu (SOP) untuk memberi tindak balas dan memperbetulkan salah faham mengenai penyebaran maklumat palsu.

 

Jelas Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengambil maklum mengenai ketularan maklumat yang tidak sahih yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

 

"Secara ringkasnya SOP bagi menangani perkara ini telah disediakan seperti berikut: 1. Kementerian-kementerian telah diberikan mandat dan bertanggungjawab untuk meneliti dan menilai berita atau maklumat yang difikirkan palsu berkenaan agensi masing-masing yang disebarkan melalui laman-laman sesawang atau media sosial; 2. Kementerian-kementerian seterusnya akan mengambil tindakan segera dan mengeluarkan kenyataan balas atau response statement serta membuat pembetulan-pembetualan yang bersesuaian dan menyebarkannya melalui media-media yang ada; 3. Jika ia disebarkan melalui laman-laman sesawang kementerian-kementerian akan berkerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Industri Teknologi Info Komunikasi IT bagi tindakan lanjut; dan Maklum balas yang akan dikeluarkan hendaklah antara lain menyatakan bahawa berita atau maklumat yang disebarkan tidak benar dan seterusnya membuat pembetulan ke atas kenyataan-kenyataan palsu yang disebarkan," jelas Yang Berhormat semasa pada hari keempat Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis di sini.

 

Selain itu, menurut Yang Berhormat, Jabatan Perdana Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab dengan penerangan dan ICT juga masih dalam perancangan untuk merangka panduan penggunaan media sosial yang berhemah. Jabatan Perdana Menteri juga melalui agensi yang berkenaan mempunyai perancangan bagi menyediakan satu portal online bagi menangani isu berita-berita yang ditular di media-media termasuklah melalui akaun-akaun media sosial dan Whatsapp.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39