FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pantau Kegiatan Pembangunan Pulau Muara Besar


 


 March 9th, 2018  |  11:50 AM  |   2292 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isu-isu berkaitan pembangunan Pulau Muara Besar turut dibahaskan pada hari keempat berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Antara soalan-soalan yang dikemukakan ialah mengenai kemasukan jentera kapal-kapal berlabuh diperiksa dengan teliti sebelum mendarat; dan pekerja Hengyi dari luar negeri untuk memastikan mereka tidak membawa masuk barang atau benda yang ditegah oleh peraturan dan atau undang-undang Negara Brunei Darussalam.

 

Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah semasa menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman berkata, setiap kapal yang mendarat ke perairan Negara Brunei Darussalam termasuk Pulau Muara Besar, hendaklah menghadapkan borang 'manifest' dan mengikrarkan apa jua barangan yang dibawa masuk atau keluar melalui sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW).

 

Manakala setiap penumpang yang datang ke Negara Brunei Darussalam sama ada melalui jalan darat, udara dan laut jelas Yang Berhormat Menteri, tidak akan terlepas daripada pemeriksaan kastam untuk memastikan tidak ada barangan tegahan dibawa dan bercukai yang tidak diisytiharkan dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat menambah, pemeriksaan barangan pihak Hengyi yang dibawa melalui kapal laut dan berpunggah di Pelabuhan Muara akan melalui pemeriksaan kastam berdasarkan dokumentasi dan barangan diikrarkan.

 

''Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja pada lazimnya akan melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas barangan yang dikategorikan sebagai 'loose kargo', manakala barangan dalam kontena akan melalui mesin pengimbas (x-ray) sebelum dipindahkan ke Pulau Muara Besar dengan menggunakan bantun.

 

''Untuk makluman, pegawai kastam masa ini telah pun ditempatkan secara tetap di Pulau Muara Besar mulai 20 Januari 2018,'' jelas Menteri Kewangan II.

 

Yang Berhormat Menteri turut menerangkan bahawa Pulau Muara Besar bukanlah merupakan Zone Bebas Cukai (Free Trade Zone).

 

Walau bagaimanapun menurut Yang Berhormat, sebagai sebuah syarikat Pelaburan Langsung Asing (FDI), Syarikat Hengyi hanya diberikan status 'pioneer' yang mana antaranya dikecualikan daripada membayar cukai import kastam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12