FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembentukan Dasar Bagi Revolusi Perindustrian Keempat Akan Terus Dikaji


 


 March 9th, 2018  |  11:48 AM  |   828 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Revolusi Perindustrian pusingan keempat yang mengintegrasikan teknologi secara fizikal, digital dan biologi seperti analytic data, circular economy (kitar semula), digital economy (e-payment), sharing economy (uber, Airhub, Open offices), 3-D Printing, cryptocurrency, electric cars, hal-hal yang berkaitan dengan internet telah disuarakan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

 

Semasa sidang tersebut Yang Berhormat menanyakan apakah sudah ada dasar untuk mengadaptasikan perubahan ini bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

 

Isu tersebut telah diulas oleh Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien pada hari keempat  Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis,  Jalan Dewan Majlis di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, Revolusi Perindustrian Keempat tidak dinafikan berpontensi untuk membuka peluang di samping cabaran baharu pada semua sektor di negara ini yang menjadi pendorong bagi transformasi digital untuk berdaya saing serta berkait rapat dengan pencapaian matlamat ketiga di bawah Wawasan Brunei 2035 iaitu ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Revolusi Perindustrian Keempat ini jelas Yang Berhormat merupakan kesinambungan daripada Revolusi Perindustrian Ketiga yang berteraskan sistem elektronik dan teknologi maklumat dengan beberapa inisiatif telah dan sedang diungkayahkan oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan.

 

"Contohnya usaha-usaha Pusat Kebangsaan e-Kerajaan, program-program peningkatan kemahiran ICT di bawah pihak berkuasa industri teknologi, info-komunikasi Negara Brunei Darussalam AITI, program-program menggalakkan penggunaan e-Commerce di bawah kelolaan Darussalam Enterprise, pengemaskinian Skim Geran Majlis Penyelidikan Brunei atau Brunei Research Council bagi mendukung perkembangan sains teknologi inovasi dan penyelidikan dalam bidang ICT dan teknologi digital, kesihatan dan bioteknologi, sains dan teknologi pemakanan dan juga tenaga. Usaha-usaha tersebut berperanan sebagai asas atau foundation bagi persediaan untuk masa akan datang," jelas Yang Berhormat.

 

Sehubung itu, jelas Yang Berhormat lagi pembentukan dasar khusus bagi menghadapi gelombang revolusi perindustrian keempat dan mengadaptasi apa jua perubahan akan terus dikaji, dibincangkan dan ditetapkan bersama kementerian-kementerian dan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk orang ramai dengan mengambil kira juga pendekatan whole of nation dan insyaaAllah apa jua dasar yang akan diwujudkan ia akan bersifat fokus dan mampu memberi manfaat kepada Negara Brunei Darussalam.  

 

Terdahulu Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, telah mengulas isu tersebut yang mana menurut Yang Berhormat bahawa dalam konteks Negara Brunei Darussalam khususnya menyentuh mengenai perkara mengadaptasi perubahan ini, terutamanya yang berkaitan langsung dengan aplikasi teknologi ke arah mengembangmajukan sektor sumber-sumber utama dan sektor pelancongan adalah amat dialu-alukan dan sangat-sangat digalakkan.

 

Menurut Yang Berhormat lagi malahan lebih daripada itu untuk peladang-peladang dan pengusaha-pengusaha agar sentiasa berinovasi dalam mengendalikan operasi ladang dan operasi syarikat mereka.

 

"Pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaras dengan Matlamat Strategik dan Teras Utama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan salah satu penekanannya ialah mengenai Peningkatan Produktiviti bagi Penggunaan Teknologi dan Teknik Moden secara meluas dalam semua aktiviti peladangan, pertanian, perikanan dan penternakan," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata pendekatan berasaskan adaptasi teknologi yang bersesuaian dalam aktiviti sumber-sumber utama contohnya adalah seperti mengaplikasi LED, vertical farming, rumah terlindung ataupun green house, fertigasi dan hidroponik dan industri pertanian. Pitlot dalam industri ternakan ruminan dan close house system dan rumah bertingkat dalam industri ayam pedaging dan juga tangki-tangki bertingkat bagi pemeliharaan ikan-ikan dan udang-udang.

 

Dari aspek pengurusan transaksi kewangan pula menurut Yang Berhormat bolehlah mengambil contoh mengenai pengadaptasian sistem pembayaran e-payment, satu inisiatif yang sudah dilaksanakan di bawah sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) dan sistem lain yang memudahkan para pengguna.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17