FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mufti Kerajaan Diundang Bentangkan Kertas Kerja Utama


MUFTI Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned bersama rombongan sebelum berlepas ke Perak Darul Ridzuan.

 


 February 25th, 2018  |  11:49 AM  |   2661 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned akan membentangkan kertas kerja utama bertajuk 'Kepimpinan dan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umara' pada 26 Februari 2018 di Aman Jaya Convention Centre, Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

 

 Pembentangan kertas kerja utama tersebut ialah sebagai memenuhi jemputan pada Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.

 

 Di samping itu, muzakarah tersebut juga dirancang sebagai medium bagi membincangkan persoalan semasa ummah secara tuntas dan penyelesaiannya serta merancang strategi pengukuhan yang mampan.

 

Ianya juga dijadikan platform para cendekiawan, agamawan dan profesional untuk mencetus, merangka dan merancang sesuatu yang praktis dalam membangunkan ummah.

 

 Yang Berhormat Mufti Kerajaan ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sejurus sebelum meninggalkan negara ini menjelaskan, antara isi kertas kerja utama yang akan disampaikan ialah, bagaimana mustahaknya kedua-dua ulama dan umara itu memikul tanggungjawab dan mempunyai kepentingan yang sama dalam memelihara ummah, yang mana mengikut sejarah dan metodologi dalam ugama, ulama dan umara tidak boleh dipisahkan.

 

Yang Berhormat Pehin disertai oleh tiga orang pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan iaitu Pemangku Ketua Buhuth, Awang Haji Mas Reduan bin Haji Jumat; Pegawai Istinbat, Awang Haji Jakaria bin Haji Itam dan Ketua Teknik Penerbitan, Awang Osman bin Abu Bakar.

 

 Majlis Muzakarah tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

 

 Juga dijangka berangkat ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir; Sahibus Samahah Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria; Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16