Home > Bahasa Melayu
Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah anjurkan Majlis Khatam
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung Takmir MRSB (kanan) semasa hadir pada Program Majlis Khatam al-Quran 1J1O di Masjid Rashidah Saadatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.
February 24th, 2018 | 09:32 AM | 942 views
SUNGAI AKAR
Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB) mengadakan Program Majlis Khatam Al-Quran 1J1O (Satu Juz Satu Orang) mengambil sukut baik sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34.
Lebih 170 orang menyertai majlis tersebut, di mana bacaan Al-Quran bergema di MRSB bermula selepas Sembahayang Subuh Berjemaah di masjid berkenaan.
Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung Takmir MRSB.
Majlis juga diselajurkn dengan Sembahyang Sunat ad-Dhuha beramai-ramai dan seterusnya doa sempena Hari Kebangsaan Ke-34 Tahun serta Doa Peliharakan Sultan.
Antara tujuan program ini adalah sebagai tanda rasa bersyukur rakyat terhadap negara yang diberikan keamanan dan rezeki yang luas serta kemakmuran.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]