Home > Bahasa Melayu
Rumah Terbuka eratkan hubungan
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Gleneagles JPMC sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018.
February 23rd, 2018 | 11:42 AM | 1074 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) mengadakan perayaan Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina bagi mengeratkan hubungan sesama warga GJPMC dan jemputan-jemputan khas yang diraikan.
Majlis yang diadakan di Restoran All Seasons, Parkview Hotel, Jalan Jerudong di sini dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay.
Sambutan Rumah Terbuka seumpamanya merupakan acara tahunan, dan juga salah satu acara bagi mereka untuk berkumpul dan menghargai selain bersuai kenal dengan pelanggan serta para pembekal, profesional kesihatan terutama dengan pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan di samping mengeratkan silaturahim bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkenaan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hernie Suliana Haji Othman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]