Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM berkenan melawat SR Tumpuan Telisai
KEBAWAH DYMM menyaksikan murid-murid yang menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan aktiviti pelajar semasa melawat Makmal Sains.KEBAWAH DYMM berkenan melawat ke salah sebuah bilik darjah Sekolah Rendah Tumpuan Telisai. KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan aktiviti murid-murid SR Tumpuan Telisai semasa melawat ke Makmal ICT.
February 21st, 2018 | 09:01 AM | 1587 views
TUTONG
Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, Tutong menjadi tumpuan lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam setelah berkenan menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah Kluster dan Rumah Teres di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang bagi Daerah Tutong serta Rumah Teres di bawah RPN Lumut dan Lorong Tengah Seria bagi Daerah Belait.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dijunjung oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah serta pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.
Sejurus keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melihat secara lebih dekat pengajaran dan pembelajaran murid-murid di Kelas Pra sekolah tersebut dan seterusnya meninjau Bilik ICT, Perpustakaan dan juga Bilik Sena khas bagi murid-murid yang berkeperluan khas.
Sementara di Pejabat Pentadbiran sekolah itu, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah dan selepas itu berkenan berangkat melihat aktiviti para murid di Taman Mainan.
Kebawah DYMM juga berkenan menyaksikan Pameran Hari Kebangsaan di dewan sekolah diikuti dengan bergambar ramai bersama tenaga pengajar sekolah berkenaan.
Sebelum berangkat meninggalkan sekolah tersebut, Kebawah DYMM juga berkenan menyaksikan aktiviti praktikal tatacara mengerjakan sembahyang daripada murid-murid Tahun 5 yang diadakan di surau sekolah itu dan berkenan menerima junjung ziarah daripada murid-murid sekolah.
Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Maria binti Abdullah ketika ditemui melahirkan rasa gembira atas keberangkatan Kebawah DYMM dan prihatin menerusi lawatan ke sekolah berkenaan.
Dayang Hajah Maria menjelaskan, keberangkatan lawatan itu merupakan kali kedua setelah lawatan yang pertama pada tahun 1992 lalu.
Perancangan sekolah akan datang katanya, akan lebih mempertingkatkan perkembangan dari segi akademik dan kokurikulum.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]