FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan, 25 Februari


SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil semasa mempengerusikan Sidang Media Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan. SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil bergambar bersama para pegawai-pegawai kerajaan dan jawatankuasa yang terlibat menjayakan riadah tersebut.SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil semasa mempengerusikan Sidang Media Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan

 


 February 20th, 2018  |  11:23 AM  |   978 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 akan diadakan pada Ahad, 25 Februari bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan untuk berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan tersebut.

 

Menyatakan demikian pada Sesi Sidang Media Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, selaku pengerusi seterusnya menjelaskan, Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan dianjurkan sempena mengambil sukut baik Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 yang bertujuan antara lain ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh yang menjurus pada pewujudan warga sihat.

 

KKBS dalam penganjuran program itu katanya, bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan serta penglibatan semua kementerian yang lain serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, memperlihatkan sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan khususnya sukan berbasikal yang kini diiktiraf sebagai Hobi Negara.

 

Acara riadah itu diadakan sewaktu Program Bandarku Ceria yang lazimnya dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat.

 

Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 akan mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh hampir 12 kilometer dan akan melintasi jalan-jalan utama, antaranya Jalan Pretty; Jalan Elizabeth 2; Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien; Jalan Kianggeh; Jalan Sekolah; Jalan Kumbang Pasang; Jalan Gadong; Jalan Perdana Menteri; Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

Selepas riadah berbasikal, beberapa acara yang menarik juga akan diadakan termasuk persembahan padang oleh Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

 

Bagi para peminat bola sepak, pihak Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) akan mengungkayahkan Klinik Bola Sepak untuk kanak-kanak.

 

Sementara itu, Persatuan Silat dan para warga emas masing-masing akan mengadakan Klinik Silat dan acara Tai Chi beramai-ramai.

 

Pasukan Brunei DPMM FC akan turut serta memperkenalkan pemain-pemain baharu mereka.

 

Para peminat bola sepak khususnya peminat pasukan Brunei DPMM FC akan berpeluang untuk beramah mesra dengan mereka.

 

Ke arah itu, KKBS mengalu-alukan segenap lapisan rakyat dan penduduk negara terutamanya penggemar atau peminat sukan berbasikal untuk tidak melepaskan peluang, hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan yang akan bermula pada jam 7.00 pagi.

 

Turut hadir semasa Sesi Sidang Media, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed; wakil Persekutuan Lumba Basikal Brunei Darussalam, Awang Haji Rozaimi bin Haji Rosli; wakil Pasukan Polis Diraja Brunei, Inspektor Mohammad Ali Dzulfikri bin Haji Mohammad Taib dan wakil Paramedik, Hospital RIPAS, Awangku Laila Halip bin Pengiran Mohd. Shamri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19